Friday, July 29, 2011

Rumah Allah di Akhir Zaman...


Assalamualaikum w.b.t

salam mujahadah buat sahabat semua. syukur kepada Allah kerana memberi ana ilham untuk berkongsi sedikit nukilan di blog ini. Lama rasanya tidak menulis, semoga kita sama-sama istiqomah dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam lapangan kehidupan.

Alhamdulillah, semakin hari tanggungjawab semakin besar..rasanya baru sahaja diri ini menjadi kanak-kanak kecil yang bebas gembira bermain-main di halaman rumah, bersama-sama kawan pergi menangkap ikan, main masak-masak dan main hujan bersama adik-adik... MasyaAllah...cepat sungguh masa berlalu.

Segala memori sewaktu kecil sering bermain difikiran...alangkah indahnya hidup sebagai seorang kanak-kanak. Namun, Allah menjadikan manusia untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini dan beribadah kepadaNya serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Kembali kepada tujuan dan matlamat hidup sebagai hamba Allah..

Kehidupan di rumah sewa, semakin menuntut ana untuk belajar berdikari dan mencari... dulu, ketika di asrama IPG KDRI kuliah agama tersedia di depan mata..hanya perlu melangkah kaki tidak sampai 5 minit untuk ke Balai Islam. Solat berjemaah berlumba-lumba ke Balai Islam untuk menyahut seruan Illahi. Azan subuh berkumandang mengejutkan lena yang panjang dikala subuh. Bacaan Al-Mulk sayup-sayup kedengaran sebelum mata terlena...Indahnya saat itu...ramai yang ingin memberi hanya perlu menerima sahaja.

Tapi, keadaannya berbeza sekarang... segala yang terhidang dulu kini perlu dicari..andai kekuatan dalam diri tidak ada maka terhanyutlah dibuai nikmat dunia yang sering melupakan serta melalaikan. Ya Allah, berbezanya dulu dan sekarang.... ketika melangkah kaki ke salah sebuah masjid berdekatan dengan rumah sewaku...alangkah sayunya....hanya 5, 6 orang tua yang kulit berkedut, berjalan bongkok, berada disoff hadapan... ana tertanya-tanya...mana pergi mujahidah-mujahidah? mana pergi anak muda yang bertenaga? mana pergi anak muda yang berjalan tanpa perlu dipimpin dan dipapah? MasyaAllah....ana beristighfar panjang dan muhasabah diri..

Rumah Allah yang tersergam indah namun hanya sedikit sahaja jemaahnya... inikah tanda-tanda kiamat...Ya Allah, teguhkanlah hati-hati ini dalam mengimarahkan rumahMu, dekatkanlah hati-hati ini agar mencintai rumahMu, tetapkanlah hati-hati ini agar beristiqomah dalam menyahut seruan azanMu untuk berjemaah di rumahMu. Agar Islam bangkit dalam jiwa masyarakat kini. jangan jadi orang melayu, tapi jadilah orang islam... kerana melayu mudah lupa...

sayu dan malu rasa diri ini apabila melihat seorang jemaah muslimat yang sudah lanjut usianya berjalan kaki pulang ke rumah dari masjid...melintas jalan yang gelap... mana pergi anak-anak muda kini.... tidak malukah kita pada mereka???

tepuk dada,tanyalah iman...

WaAllahu'alam

sekadar perkongsian bagi mengingatkan kembali tujuan dan matlamat hidup ini... marilah sama-sama kita muhasabah diri...

4 comments:

  1. penghijrahan biasanya akan mmbuka ruang kpd kita utk bljr dan berubah..trpulang kpd stiap indvdu utk mncrakkan prubahan sama ada pstf mahupn ngatif, bntuklah dri dgn prinsip dan asas Islam yg tulen,pstinya kita x kn sesat d buai arus dunia..insyaAllah..amin

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..syukran ustz..semoga Ramadhan kali ini menjadi satu titik permulaan utk berhijrah ke arah positif...bukan mudah utk menjadi terbaik tapi jadilah org yang sentiasa berusaha untuk menjadi baik. doakan sama2 istiqomah dan menjadi hamba ALLAH yg soleh & solehah...AMin

    ReplyDelete
  3. afwan,amin..mhon ampun dan maaf juga dri saya..(^_^)

    ReplyDelete