Monday, July 20, 2009

nak masuk kumpulan mana?


Kumpulan apa pula ni? Mesti itu pertanyaan pertama apabila membaca tajuk penulisan saya kali ini kan?

Sebenarnya saya ingin menulis sesuatu yang dapat mengingatkan saya dan sahabat-sahabat semua tentang MATI, AKHIRAT, dan AZAB API NERAKA…. saya membelek-belek buku ‘Pesanan untuk Orang Berdosa’ tulisan Dr.’Aidh bin Abdullah Al-Qarni dan ‘Malam Pertama di Syurga’ tulisan Adil Akhyar. Dua buku yang berbeza iaitu satu buku yang mengingatkan kita tentang azab Allah dan nikmat Allah. Namun, kedua-dua buku ini bisa mengingatkan kita tentang akhirat.. InsyaAllah….

Saya menyemak semula helaian muka surat yang telah dibaca, mencari-cari tajuk yang sesuai untuk dikongsikan bersama sahabat. Saya membuka helaian muka surat yang ditanda dengan bungkusan coklat Cadbury yang telah dihadiahkan oleh sahabat saya. Alhamdulillah saya mendapat idea untuk menulis sesuatu tentang “ umat nabi Muhammad diseru meniti sirat”.
……………………………………………………………….
Panjang titian sirat sejauh 500tahun perjalanan...
Allah Ta’ala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan dilintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500tahun perjalanan.”

Cuba kita bayangkan…untuk hidup selama 20 tahun pun kita sudah merasakan cukup lama dan macam-macam rintangan yang kita hadapi. Inikan pula sejauh 500tahun…. Bagaimankah kita hendak meniti titian Sirat itu??

Bertuahlah umat nabi Muhammad….


Nabi Muhammad bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Ta’ala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad.umat nabi Muhammad telah dipecahkan kepada 10 kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
*Ya Allah! Hayatilah kasih sayang Nabi Muhammad kepada kita… tanamkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad…

Nak masuk kumpulan yang mana satu???

Kumpulan 1: Berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.

Kmpln 2: melintasi seperti angin yang kencang.

Kmpln 3: melintasi seperti kuda yang baik.

Kmpln 4: seperti burung yang pantas.

Kmpln 5: berlari.

Kmpln 6: berjalan.

Kmpln 7: berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad berhenti di Sirat. Setiap kai baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Kmpln 8: menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak dosa. Ya Allah! Sakitttnya!... bagi yang buruk mereka akan menyebut: “wahai Muhammad!” nabi Muhammad berkata: “Tuhanku! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!” sedangkan di dunia kita lalai dan leka serta tidak mengikuti ajaran Rasullah..kita tetap degil….

Kmpln 9 dan 10: tertinggal di atas Sirat, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu,
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini,
Ya Allah…Kau Maha Pengasih,


Ya Allah…cukupkah bekalan kita untuk ke syurga??? Kumpulan manakah kita diletakkan??? Apakah jawapan kita tika ditanya oleh Allah tentang sumbangan kita kepada agama islam?? Sama-sama kita bermuhasabah diri…beristighfar….semoga kita mendapat syafaat oleh rasulullah dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

waAllahualam…
salam ukhwah

Sunday, July 12, 2009

Apakah kebahagiaan itu?

Seseorang bertanya kepada doktor: “ Apakah kebahagiaan itu?”
Doktor menjawab: “ Badan yang sihat”

Seseorang bertanya kepada ahli hikmah: “ Apakah kebahagiaan itu?”
“kesihatan di dunia dan ampunan di akhirat.” Jawabnya.

Dalam kitab Musnad ahmad disebutkan bahawa al-Abbas mendatangi Rasulullah dan berkata: “wahai rasulullah, ajari aku doa, yang akan selalu aku baca.” Rasulullah berkata “mohonlah kesihatan dan ampunan.” al-Abbas kemudian mendatangi Rasulullah untuk yang kedua kalinya dan berkata: wahai Rasulullah, ajari aku satu doa yang akan aku baca.”

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Wahai Abbas, wahai pakcik Rasulullah, mintalah kepada Allah kesihatan di dunia dan ampunan di akhirat.” (HR Ahmad dan Tarmizi).
Orang yang sakit tidak akan merasa tenteram, bahagia atau nyaman. Orang yang memiliki harta melimpah ruah, kemudian dia jatuh sakit. Dia tidak dapat menikmati manisnya harta itu.

Nikmat kesihatan itu di dunia, sedangkan nikmat keampunan itu di akhirat, dan kedua-duanya adalah sama sumber kebahagian.
Namun, ramai yang mengabaikan kesihatan dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan belajar..padahal kesihatan adalah aset penting bagi setiap individu. Kesihatan fizikal dan mental amat penting terutamanya bagi setiap muslim untuk melaksanakan ibadat.


Adakah ibadah kita khusyuk jika sakit? Kita memerlukan tenaga untuk bangun beribadat dan melakukan amal makruf nahi mungkar… jadi, berusahalah untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin..sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya… Waallahhualam

Friday, July 10, 2009

WASIAT



Aku berwasiat kepadamu agar lebih tekun terhadap pekerjaan, dan tidak tunduk pada kelemahan hati, kemalasan, dan menyerah kepada kekosongan.

Tapi bangunlah! Perbaikilah segalanya… tunaikanlah tugasmu, solatlah, bacalah kitab Allah, buku yang bermanfaat, duduklah bersama jiran tetanggamu, rakan-rakanmu, dan bersembanglah bersama mereka atas perkara yang dapat mendekatkan diri kepada ALLAH. Pada saat itu engkau akan merasakan kebahagiaan, kelapangan dan kegembiraan.
Hendaklah engkau menjaga penampilanmu, kecantikan anggota badanmu, wewangian dalam rumah, dan akhlak yang mulia yang engkau kenakan untuk menemui suami,anak-anak,saudara-mara dan rakan-rakan wanitamu dengan senyuman yang ikhlas dan bertolak ansur…

Aku peringatkan engkau agar menjauhi perbuatan maksiat kerana sesungguhnya ia adalah penyebab kesedihan. Khasnya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan wanita, seperti melihat sesuatu yang haramkan, menampakkan kecantikan, berkhalwat dengan orang yang bukan mahram, menyumpah dan membuat fitnah, mengingkari hak-hak suami dan tidak mengakui kebaikannya.

Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh kaum wanita kecuali mereka yang mendapatkan rahmat dari Allah. Takutlah engkau akan murka Allah. Dan bertaqwalah kepadaNya,kerana taqwa adalah jaminan kebahagiaanmu dan keredaan-Nya atas ketulusan hatimu.
Waallahhualam,

salam Ukhwahfillah...

Monday, July 6, 2009

sebab-sebab hati menyimpang.


1. jiwa kotor
2. Menuruti hawa nafsu
3. Membiarkan waktu kosong.
4. Lalai dan tidak menggunakan akal.
5. Berkawan dengan orang jahat
6. Panjang angan-angan.
7. Terlalu mengikut perasaan.
8. Terdedah kepada perosak iman.

*marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berusaha untuk perbaiki kelemahan diri masing-masing kerana setiap manusia tidak akan dapat lari daripada melakukan kesalahan. janganlah kita bermusuh-musuhan sesama muslim...Belajarlah memaafkan kerana sedangkan nabi ampunkan umat dan Allah mengampunkan hamba-Nya inikan kita hanya manusia biasa.....Berusahalah perbaiki hubungan kita sesama manusia dan hubungan kita dengan Allah....Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman...Renungkan.