Assalamualaikum dan salam mujahadah buat
sahabat semua. semoga kalian berada di bawah lindungan Allah.
Buat mujahidah yang hatinya sentiasa
tenang mengingati Allah dan lidahnya basah dengan zikrullah... Sesungguhnya
Allah telah menciptakan kita dari tulang rusuk seorang lelaki...kasih sungguh
Allah pada kita kerana kataNya seindah-indah hiasan dunia adalah wanita
solehah. Semoga kita semua berjaya menjadi seindah hiasan WANITA SOLEHAH.
Jadilah dirimu seikhlas Siti Khadijah
Sesabar Sumayyah
Setulus hati Rabiatul Adawiyyah.
untuk menjadi seindah Hiasan Wanita Solehah
Umpama bidadari syurga Ainul Mardhiah.
Duhai wanita, nasib wanita kini semakin
lama semakin DIEKSPLOITASI. wanita dijadikan pelaris produk dengan membuat
iklan berpakaian seksi, dijadikan lambang pemuas nafsu serakah.
Namun disebalik eksploitasi tersebut
wanita/muslimat memainkan peranan yang sangat penting sejak zaman Rasulullah
s.a.w sebagai pendokong dan penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah.
Sebagai contoh serinkandi islam terdahulu seperti Khaulah Al-Azwar, Zainab
Al-Ghazali, Aishah r.a, Rabiatul Adawiyyah, Sumayyah, Ummu Sulaim dan ramai
lagi.
Menelusuri kronolgi-kronolgi perjuangan
serikandi islam, semangat perjuangan mereka sungguh hebat. Kehidupan mereka
diINFAQkan untuk islam…itulah PENGORBANAN sebenar seorang pejuang islam.
Benar…kita tidak mampu menjadi Khaulah Al-Azwar yang menunggang kuda bertempur di
barisan paling hadapan di medan perang dan membunuh musuh-musuh islam. Memang
benar…kita tidak mampu menjadi seperti Zainab Al-Ghazali yang tetap teguh dan
sabar disiksa di penjara atas tuduhan mahu membunuh presiden. Beliau telah disiksa dengan hebat di dalam penjara dengan anjing, disebat sehingga tersiat-siat kulit dan
direndam ke dalam air…PEDIH…
Bacalah buku “Hari-hari dalam Hidupku’
sahabat akan dapat menelusuri perjalanan hidup serikandi Zainab Al-Ghazali.
Namun, duhai muslimat…sedarlah bahawa
kita mampu untuk mencontohi keperibadian serinkadi-serikandi islam. Kita mampu
menjadi seperti Sumayyah kerana “Tangan yang disangka lembut menghayun buayan
menggoncang dunia melakar sejarah” . Fitrah wanita sememangnya lembut..tapi
wanitalah tulang belakang seorang mujahid islam.
Kini, berpijak di bumi yang nyata…
Sedarlah duhai wanita muslimat,
Jangan biarkan diri kita dieksploitasi!
Jangan biarkan maruah kita dikotori!
Janganlah merendahkan martabat seorang
wanita sendiri…
Sungguh belum terlambat untuk kita
berHIJRAH, Sesungguhnya Allah itu maha pengampun.
Kadang-kadang seorang wanita dipaksa
untuk berpakaian seksi kononnya kerana mengikut peraturan seragam dan kemas
atau mengikut arahan ketua.. selagi boleh dielakkan cubalah untuk
mempertahankan prinsip kita sebagai wanita muslimah. Bukan semua orang tahu
keadaan sebenar, tapi percayalah ALLAH maha mengetahui kesusahan dan kepayahan
hambaNya.
Percayalah…
Kita mampu menjadi wanita solehah andai
hati hanya ditautkan kepada Allah… taqwa menjadi penghias diri dan malu menjadi
perisai diri…
Allah itu maha mengetahui, maha pengampun
dan maha mengasihani.
Semoga coretan dan perkongsian ini dapat menjadikan diri ini dan sahabat2 kembali dengan roh perjuangan sebagai seorang pendakwah yang sebenar. Sesungguhnya Allahlah yang memegang hati-hati hambaNya.
Semoga thabat dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
Salam Ukhwah Fillah Abadan Abadan wa
Salam Mujahadah.
Assalamualaikum.
perjuangan sgt PAHIT kerana nilaian sebuah syurga sgt tggi dan rasanya amt 'MANIS'..mga kite trs thabat dlm prjuangan..ameen (^_^)
ReplyDeleteAmeen..syukran ust. Memang berjuang itu TERKORBAN kerana kita berjuang untuk TERKORBAN...
ReplyDelete