Sunday, May 22, 2011

LEBAH VS LALAT...



salam perjuangan sahabat2...(^_^)

Jom rehatkan minda....

Perkongsian Hari Ini..


Kita kena jadi seperti lebah, sebab apabila lebah mencari manisan, dia akan pergi ke setiap bunga sama ada bunga itu wangi atau busuk. Tapi dia tetap akan mengambil manisan dari bunga tersebut dan akhirnya manisan dapat dikumpul dalam sarang dan jadilah MADU, yg menjadi syifak(ubat). Begitu juga kita, kita harus mencari kebaikan setiap saudara (seislam) kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita...


Dan jangan kita jadi seperti lalat, kerana lalat akan pergi mencari ke tempat kotor dan mengumpul kuman dan kekotoran sehingga kekotoran itu melekat pd dirinya SENDIRI. begitu juga kita, kita dilarang sama sekali melihat keburukan yang ada pada saudara (seislam) kita supaya keburukan itu tidak terkumpul pada diri kita.

kesimpulannya... Janganlah kita suka melihat dan mencari keburukan orang lain sahaja... carilah kebaikan yang ada mereka hatta orang yang mengganggap kita sebagai musuh... mudah-mudahan apabila melihat kebaikan orang lain, kita cuba untuk memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini...

ReNunG-ReNunGkaN dan SeLaMat BeRaMaL...(^_^)


5 comments:

  1. alhamdulillah, pengisisan pagi hari yang bagus...
    tak tdo ke semalam??? post awl2 pagi ni??

    pape pun, tq pengisian ni.. seronok baca.. aura pendakwah. insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. tq... satu perkongsian hebat...

    ada sesuatu yang boleh kita sama@ fikirkan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...
    Dil: sy post ptg...masa tu slh set..(^_^)
    deqnamalu: syukran sudi baca blog sy yg biasa2 ni(^_^)
    Ibn Mustakim: InsyaAllah, semoga sama2 mendapat manfaat dan muhasabah diri...

    ReplyDelete
  4. gudpost! satu analogi yg ckup baik..keep writing 4 ISLAM ukhti.. (^_^)

    ReplyDelete