Wednesday, December 16, 2009

Dakwah di pedalaman sabah...



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Illahi kerana diberi nikmat iman dan islam. Setelah hampir sebulan blog ini terbiar Namun, Alhamdulillah cuti semester panjang ini ana dapat menimba pengalaman yang sangat berharga. Ana mendapat tawaran untuk mengikuti program dakwah anjuran jakim sabah iaitu jahiens bersama-sama student dakwah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Kami semua seramai 20 orang dan diiringi oleh ustaz-ustaz jakim sabah termasuk ustaz Farhan iaitu mantan-kristian yang telah Berjaya mengislamkan ramai orang kristian termasuk keluarganya sendiri.

Ana berasa sangat bertuah kerana Allah memilih ana untuk merasai suasana berdakwah di pedalam sabah. Subhanallah…itulah ucapan yang keluar dari mulut ana apabila melihat pemandangan yang sangat cantik di puncak bukit Nagaya. Kabus menyelubungi Gunung Kinabalu sehinggakan tidak kelihatan. Ana menyimpan azam untuk mendaki gunung itu satu masa nanti.

Kami diberi masa 5hari tinggal di Kampung Keranaan dan 5hari lagi di Kampung Sosondoton bersama keluarga angkat di sana…Alhamdulillah kedatangan kami disambut baik. Mereka adalah “saudara baru” iaitu saudara yang baru memeluk agama islam. Penduduk kampung ini terdiri daripada kaum dusun.

Berada di Kampung Keranaan selama 5hari bersama keluarga angkat amat menyeronokkan. Namun, yang amat menyedihkan mereka kesemuanya islam tetapi ada diantara mereka yang tidak solat dan tidak melaksanakan ibadah-ibadah wajib. Kami memulakan misi dakwah bersama orang-orang kampung…suasana di pagi hari raya aidiladha di kampung itu sederhana sahaja..pagi2 lagi semua lelaki bersiap2 ke surau untuk mendengar khutbah hari raya aidiladha dan solat sunat raya. hari-hari seterusnya kami penuhi dengan program yang bermanfaat seperti ceramah, riadah dan macam-macam lagi…ana juga sempat dibawa oleh family angkat ke kebun dan Poring hot spring.

Di kampung Sosondoton pula Seawal 7 pagi mereka sudah menunggu kami untuk menyambut kedatangan kami di sana…namun, kami tiba di sana pada waktu petang kerana terpaksa melalui jalan yang sangat curam dan licin untuk tiba di sana. Kami juga terpaksa melalui kawasan tanah runtuh. Alhamdulillah Allah melindungi kami… terasa kerdilnya diri ini apabila tiba di kampung Sosondoton melihat pemandangan gunung dan bukit bukau daripada atas bukit Nagaya yang diselaputi kabus. Subhanallah….
Misi dakwah diteruskan juga…nasib baik rumah angkatku terletak bersebelahan dengan rumah Allah. Tapi dewan terletak 1km daripada rumah…jadi terpaksa berjalan jauh naik turun bukit setiap kali ingin ke dewan kampung. Keadaan rumah angkatku pula sangat sederhana…bilik airnya yang tiada pintu…tandas yang jauh dilereng bukit yang ditutup dengan zink yang berlobang-lobang…masyaAllah…

Hari pertama kami melaksanakan kursus pengurusan jenazah dan ceramah bersama ustaz daripada Jaheins atau jakim sabah. Kami juga menggunakan pendekatan ziarah menziarahi penduduk kampung untuk mengajar mereka mengambil wudhuk dan membetulkan bacaan al-fatihah…tapi tidak semudah itu… kami terpaksa meredah lumpur yang bercampur dengan najis lembu dan dikejar anjing kerana penduduk di situ membela banyak anjing…sehinggakan ana terjatuh atas lumpur masa nak tolong sahabat lain naik dari tempat yang licin dan curam. Tapi kami tetap pergi rumah kerumah dalam keadaan macam tu…selain mengajar mereka ana juga sempat memberi semangat kepada kaum ibu untuk mengimarahkan rumah Allah yang kelihatannya sangat jarang dikunjungi…. Bayangkanlah mereka solat jumaat dengan jemaah hanya 3 atau 4 orang! Macam mana tu ye?? Tapi nak buat macam mana kene buat juga daripada tak buat langsung.. untuk ke masjid di Bandar mengambil masa 4 jam….

Alhamdulillah…bapa angkat ana juga sudah mahu solat di surau berkat ajakan setiap kali waktu solat..jika tidak, ada sahaja alasannya untuk tidak kesurau..rupa-rupanya selepas satu malam dimana ana dan sahabat serumah mengajar keluarga angkat solat, ambil wudhuk, azan, dan membetulkan al-fatihah…tahulah ana kenapa mereka tidak mahu solat dan pergi kemasjid…seumur hidup ibu angkat ana tidak pernah diajar solat selepas ibu memeluk islam. Apa yang sangat memilukan hati ana adalah dirumah mereka langsung tiada telekung dan al-quran…Bapa angkatku pula selama 80tahun hidupnya tidak pernah menjadi imam kerana tidak tahu… mengalir air mata ibu angkatku ketika ana mengajarkannya membaca al-fatihah…

Tiba hari terakhir ana di sana…ibu angkatku menghadiahkan ana sekilo beras bukit berwarna keperangan yang ditanamnya sendiri untuk ana bawa ke semenanjung…terima kasih ibu…ana dan sahabat serumah menghadiahkan sepasang telekung dan buku Hidup Ibadah kepada mereka dengan harapan mereka menjadikan buku itu sebagai panduan beribadah… terasa berat sangat hati ini ingin meninggalkan kampung itu…masih banyak lagi yang ingin ana ajarkan kepada keluarga angkat ana… tapi 10 hari di sabah terasa begitu sekejap…terlalu banyak pengalaman yang ana dapat di sana.. barulah ana sedar susahnya berdakwah…tapi mereka di pedalaman sabah sangat menanti kehadiran para ustaz dan ustazah untuk mengajar mereka mengenali islam…

Panjangnya tulisan ana kali ini…sebenarnya nak tulis panjang lagi…tapi dah kesuntukan masa..nak bersiap ke Pulau Pinang..ikut abah outstation..
Assalamualaikum..

5 comments:

  1. tahniah krane dpt pluang ke sne,smoga terus dbrikn kkuatn dlm mdan dkwah..amin (^_^)

    ReplyDelete
  2. salAm

    muNIRAh

    aKak rNDU bAngET SAmA KAMoo

    huHU

    pngaLAMan kamOO yg sgT BERMAKna di saNA

    AKak hRAP

    KAMoo jGN LUPAkan SILATURRAHim

    dGN KLuarga ANGKAt di saNa

    tI KIta pergI saNa samE2 k

    hehE

    SALam :D

    ReplyDelete
  3. Salam saudari..

    Saya berasal dari Daerah yg anda lawati itu. Al-Hamdulillah, saya juga merupakan salah seorang hamba Allah yg sangat bertuah kerana 'dipilih' oleh Allah utk mendapat Nikmat Islam.

    Sebenarnya, kesusahan dan kepayahan yg saudari lalui itu, bagi kami hanyalah sekadar 'alah bisa, tegal biasa'. Hakikatnya, saya sendiri bergelumang dgn pelbagai jenis kesusahan semasa di kampung dulu.

    Al-hamdulillah, dgn izin Allah, saya telah diberi 'peluang' memajukan diri dan bahagia dgn taraf hidup saya setelah berkelana jauh di semenanjung.

    Saya juga mengharapkan agar saudari, dan semua muslimin/mat yg berkemampuan dari segi masa/tenaga/wang ringgit, supaya jenguk-jenguklah saudara Islam kita nun di Sabah, terutamanya di kawasan pendalaman.Ini kerana, pemahaman dan perlaksanaan kehidupan sebagai Muslim di sana masih berada di tahap 'yang menyedihkan'.

    Akhir kata, tahniah di atas usaha murni saudari yg sanggup dtg berdakwah walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran.

    Wassalam.

    rezlin666@gmail.com

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...
    terima kasih kepada sahabat yang sudi memberi komen tentang dakwah di pedalaman sabah...

    ana berasa gembira sangat dapat berkongsi pengalaman bersama sahabat sekalian.
    doakan ana dapat berpeluang meneroka dan menyelusuri jalan dakwah dengan turun sendiri di lapangan dakwah.

    ReplyDelete
  5. God will bring His judgment......

    ReplyDelete