Thursday, December 31, 2009

Isu Kalimah Allah, Islam Kalah...

Assalamualaikum w.b.t ,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menjadi tumpuan dan tempat bergantung seluruh makhluknya. Allah yang tidak mempunyai anak serta diperanakkan dan tidak ada makhluk yang dapat mengatasi dan menandingiNya.

Masa ana tengah berehat bersama family tadi tiba-tiba kakak ana beritahu berita isu penggunaan kalimah Allah di akhabar Herald di sabah yang dipelopori oleh orang kristian telah menang. Ana pun terus membuka laptop dan buku berkaitan isu kalimah Allah dan membuka laman web Malaysia kini online (http://www.malaysiakini.com) yang memaparkan berita berkenaan kemenangan orang kristian untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbar Herald yang dipelopori oleh orang kristian.

Ana masih teringat suasana di Sabah selama ana berada 12 hari di sana… gereja kristian terdapat dimana-mana tempat dah macam surau pulak…memang penduduk di sana kebanyakannya terdiri daripada orang kristian, mereka membina gereja berhampiran kawasan-kawasan perumahan supaya mudah untuk penganutnya datang ke gereja. Sidang Injil Borneo(SIB) pun ada iaitu salah satu pusat pergerakan orang kristian di Sabah…

Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian semakin hangat dibincangkan. Ia bermula apabila Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah suci ini di dalam penerbitan mereka. Pelbagai pihak telah memberi pandangan dan ulasan terhadap isu ini. Ada yang menyokong serta ada pula yang tidak bersetuju sama sekali kalimah suci ini digunakan sewenangnya oleh bukan islam.

Terdapat pelbagai hujah yang membolehkan/ mengharuskan dan hujah yang mengharamkan. Dalam buku ‘Isu Kalimah ALLAH (hukum penggunaannya bagi bukan islam)” tulisan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid ada menerangkan lebih lanjut. Di akhir buku ini ada menyatakan keputusan majlis Fatwa dan Kabinet berkaitan penggunaan kalimah Allah antaranya:-

• Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan penggunaan empat
kalimah iaitu Allah, Ka’bah, Baitullah dan solat kepada orang bukan islam.

• Muzakarah jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke82 pada 5-7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat islam sahaja.

• Keputusan Kabinet pada Mei 1986 juga memutuskan bahawa terdapat empat kalimah yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan islam iaitu Allah, Ka’bah, Baitullah dan solat.

• Malah penggunaan kalimah Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat telah pun diwartakan hanya ekslusif buat umat islam sahaja di bawah Warta PU (A) 14/82 dan pekeliling KKDN. S. 59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala jemaah menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008 telah memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

Namun, terdapat juga ulama’ yang mengemukakan hujah bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan islam melalui hujah daripada Al-Quran dan hujah menggunakan logik akal dan bahasa, antaranya Syeikh Fauzi Al-Zafzaf iaitu bekas Timbalan Rektor Al-Azhar yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa Dialog Antara Agama Universiti Al-Azhar.

Walau bagaimanapun, terdapat ramai ulama’ yang mengharamkan penggunaan nama Allah bagi orang bukan islam antaranya, penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab saudi, Syeikh Abdul Muhsin Al-Abikan. Mereka telah mengutarakan hujah-hujah pengharaman di samping menjawab hujah golongan yang mengharuskan penggunaannya.
Orang yahudi dan nasrani telah menfitnah Allah dengan menyatakan bahawa Allah mempunyai anak iaitu Uzair dan juga al-Masih. Bagi menolak fitnah ini, Rasulullah SAW diperintahkan untuk menyatakan bahawa Allah bukanlah seperti yang didakwa oleh orang Yahudi dan Nasrani menerusi firman Allah dalam (surah al-Ikhlas 1112:1-4).

Maka setelah Rasulullah SAW membersihkan maksud kalimah ini, dari mulut orang-orang Yahudi dan Nasrani, wajarkah Muslim hari ini memberi kebenaran untuk menggunakan kembali lafaz suci ini????

Orang-orang Yahudi juga telah mengelirukan masyarakat hari ini dengan mengeluarkan buku Rahsia Jalan Yang Lurus yang ditulis bismillah di hadapan buku berkenaan, Kisah Paling Menarik yang Pernah Diceritakan antaranya ‘Penciptaan Adam dan Hawa’ dan ‘Yesus Mati di Kayu Salib’ yang diambil daripada Al-Kitab iaitu kitab Bible. Ini boleh merosakkan akidah dan mengelirukan anak-anak kecil yang membacanya. Betapa liciknya orang yahudi……

Justeru, dalam menangani isu kalimah Allah ini, umat islam seharusnya melengkapi diri dengan kefahaman ilmu yang jitu.

Hanya kepadaNya kita bermohon agar Akidah Islam yang suci ini sentiasa terpelihara selamanya.

Waallahualam

2 comments:

  1. salam

    memG MENAKutkaN

    AkaK PERNaH DGr jgA BNda nI

    SbAB Tu adE Sdk KERISAUaN Utk pOSTing ke sABaH Dan sarAWak

    aBG aKAK BGthu

    KNa mantaPKAN agAMA KITa btOl2

    sbAB kristiaN RAMai kat SANa

    dAN KIta kenA KUat

    supAYa x terPENGARuh dgN DYorG

    WALLAHUALAM

    ReplyDelete
  2. Shalom, sebagai pembetulan, isu Allah bukannya disebabkan oleh The Herald tapi disebabkan oleh tiada pengertian dan kefahaman saudara-saudari islam tentang Kristian di Malaysia. Dan sebagai pembetulan juga, Sabah dan Sarawak sepatutnya tidak terikat dengan hal-hal agama yang berlaku di Tanah Melayu. Ini termaktub dalam perjanjian 18 dan 20 perkara Sabah Sarawak. Sarawak telah menggunakan perkataan Allah beratus tahun dahulu mengikut Bible dalam bahasa Indonesia. Bagi saudari Munirah Atirah yang terlalu cetek pengetahuan Sejarah Agama di dunia, Islam wujud selepas lebih kurang 600 kewujudan yahudi dan kristian. Maka tiada isu mengelirukan dan memesongkan akidah kerana Kitab Yahudi dan Kitab Suci Kristian sudah dahulu diterbitkan. Bacalah Kitab Kristian supaya anda tidak merampu sembarangan. Amatlah berdosa jika menabur fitnah sembarangan. Peace... The Way, The Truth and The Life.

    ReplyDelete