Tuesday, April 21, 2009

ILMU....

Asy-Syafi' Rahimullah berkata:

Bersabarlah menelan pahitnya kebencian dari pengajar,
Kerana pahitnya ilmu ada dalam kebenciannya,
Siapa tidak mahu merasakan kepahitan belajar sesaat pun,
Ia akan meneguk kebodohan selama hidupnya,
Sesiapa yang meremehkan belajar dan mengajar di waktu mudanya,
Maka bertakbirlah empat kali untuk kematiannya...

Ilmu yang diberkati oleh ALLAH swt akan membuahkan ketaatan dan mampu mencegah seseorang dari melakukan perbuatan maksiat."

Rasulullah saw bersabda:
"Kelebihan orang yang berilmu dibandingkan dengan orang yang hanya beribadat samalah dengan kelebihanku dibandingkan dengan orang yang paling rendah di kalangan sahabatku." (hadis riwayat at-Tirmizi)
"Peliharalah ALLAH di hatimu, nescaya ALLAH, membimbingmu."

Sesiapa yang mahu kebahagiaan di akhirat, maka dia hendaklah ikhlas terhadap ilmu.

Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka, dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.

Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.

~Pesan Imam Al-Syafie~

Menuntut Ilmu adalah taqwa,menyampaikan ilmu adalah ibadah,mengulang-ulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad.
Al-Ghazali-
Firman Allah SWT:
“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (al-Mujadalah: 11)

“Katakanlah: Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan.” (az-Zumar: 9)

“Hanyasanya orang yang takut kepada Allah dari golongan hamba-hambaNya itu, ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan.” (Fatir: 28)

“Andaikata mereka mengembalikannya (berita itu) kepada Rasul dan kepada orang-orang yang memegang urusan pemerintahan diantara mereka, tentulah halnya telah dimengerti oleh orang-orang yang menelitinya dalam golongan mereka itu”. (an-Nisa’: 83).
Ibnu Mas’ud r.a.:

"Hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ianya terangkat, dan terangkatnya ilmu pengetahuan itu dengan kematian ahli-ahlinya. Seseorang kamu tiada dilahirkan sebagai orang yang sudah pandai. Jadi ilmu pengetahuan itu akan dicapai hanya dengan belajar."

"Sesungguhnya pahala amalan dan kebajikan yang dicapai oleh seseorang mu'min selepas matinya ialah ilmu pengetahuan yang disebarinya atau anak soleh yang ditinggalnya atau naskah Quran yang dipusakakannya atau masjid yang dibinakannya atau rumah tumpangan perantau yang dirikan atau sungai yang dialirkannya atau derma yang dikeluarkan dari hartanya dalam masa sihatnya dan dalam masa hidupnya akan diperolehi pahalanya selepas kematiannya."

(Hadis diriwayat oleh Ibnu Majah)

Imam Al-Ghazali: Ilmu pengetahuan itu adalah diumpamakan sebagai pembimbing, manakala amalan pula menjadi pengikutnya, dan berbahagialah orang yang menerima ilham dari ilmu pengetahuan, dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu pengetahuan.

Ilmu adalah nur atau cahaya yang menerangi kegelapan dan zulumat. Menghapus ia akan kejahilan seperti hujan menghapus kemarau. Ilmu meninggikan tahap seorang daripada orang lain, seperti tingginya satu banjaran gunung dari gunung yang lain.

Memiliki ilmu lebih tinggi nilainya daripada memiliki harta dan jawatan. Harta berpindah hak milik. Jawatan berpindah ke tangan orang lain. Sedangkan ilmu tidak lekang dari dada si pemiliknya.

Harta semakin banyak semakin sukar menguruskannya. Semakin dibelanja, semakin susut hartanya. Semakin tinggi jawatan, semakin tinggi pula perebutannya. Semakin kotor juga percaturan politiknya.

Sedangkan ilmu, semakin banyak tidaklah semakin berat. Tidak pula semakin susut. Semakin diberi ilmu, semakin bertambah, tidak seperti harta dan jawatan kebesaran. Bahkan semakin banyak ilmu, semakin luas lautan fikiran. Mengaut ilmu lebih lazat dari mengaut emas. Dan mencurahkan ilmu sebanyak-banyaknya tidaklah menjadikan ahli ilmu papa kedana


Mutiara Kata IMAM SYAFI'E:
"Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.
Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar."

"Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula ialah warak dan berlemah lembut."

"Sesiapa yang mahu kebahagian di akhirat maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu."

Berfikir taraf tinggi itu, Ialah berfikir yang dipimpin oleh Jiwa, Hasil
fikirannya bak mutiara.

Apa sahaja yang kita lihat di dunia ini boleh mengajar kita, Dengan syarat
kita melihat sambil berfikir dan hati berhubung dengan Allah.

Tiga perkara yang orang tidak puas-puas memburunya, Ahli ilmu dengan ilmu,
orang yang tamak dengan dunia dan lelaki dengan wanitanya.

Ilmu adalah panduan, harta adalah alat, Kedua-duanya adalah untuk menegakkan
kebenaran. Bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan
kesombongan dan kebanggaan.

Apabila ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, Ertinya ilmu dan
amal itu tiada nilainya di sisi Allah dan manusia.

Ilmu yang memberi manfaat adalah ibarat kawan yang cerdik lagi setia, Ia
sentiasa mengingatkan dan memimpin kita ke jalan yang menyelamatkan, Tetapi
sangat sukar untuk kita nampak akan adanya.

Membawa harta menyusahkan kita untuk menjaganya, Membawa ilmu menyenangkan
jiwa sebab sesiapa pun tidak mencurinya, Jikalau diberikan kepada orang ia
akan bertambah, Tidak payah dikawal dan dijaga seperti harta.

Air apabila tidak mengalir akan rosak dan busuk, Begitulah orang yang
berilmu apabila tidak berjalan dan bermusafir ia akan jumud dan beku.

Sumber ilmu ialah mendengar, melihat, berfikir, membaca dan dari hati.

Biar sedikit cakap, banyak amalan,
Biar sedikit berbincang tetapi membuahkan kesepakatan,
Biar sedikit ilmu asalkan menjadi panduan.

Buah akal ialah ilmu pengetahuan,
Buah jiwa atau hati ialah iman,
Buah Fizikal ialah kemajuan,
Alangkah indahnya kalau ketiga-tiga ini melahirkan buah di dalam kehidupan.

Alim lisan, pandai bercakap, tidak berbakti,
Alim hati, kurang bercakap, banyak berbakti,
Alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.

No comments:

Post a Comment