Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat iman dan islam,
Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT dan mendapat syafaat nabi Muhammad di akhirat kelak...
Alhamdulillah, ana masih dipanjangkan umur untuk mencoretkan sesuatu di blog ini...
setiap saat adalah penantian kepada kematian, sudah bertaubatkah kita??
marilah sama2 kita perbanyakkan taubat dan amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak.
Jika sahabat pernah baca entri ana sebelum ini yang bertajuk 'Nak masuk kumpulan mana??'... kini ana ingin mengajak sahabat2 untuk kenal pasti golongan manakah kita??? semoga menjadi peringatan kepada kita semua dan dapat muhasabah diri tatkala diri penuh dengan dosa dan lalai.
Firman Allah bermaksud:
"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
(An-Naba':18)
Diriwayatkan bahawa ayat di atas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksud ayat ini?" maka rasulullah menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbang oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila dibangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.
11 golongan yang memasuki neraka adalah:
- Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan!!. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
- Mereka yang menyerupai babi (masyaAllah!). Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu!!
- Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
- mereka yang keluar DARAH dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
- Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
- Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Kerana mereka menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
- Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan bagi yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
- Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya ke atas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
- Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
- Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
- Mereka yang buta matanya dan hatinya, gignya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Satu Golongan yang Selamat:
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
Golongan yang Disalami Malaikat:
Telah bersabda rasulullah SAW: " Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
- Orang-orang mati syahid
- Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan
- Orang berpuasa di hari Arafah
Astaghfirullahhalazim....
Golongan manakah kita???? sudahkah sahabat2 kenal pasti golongan manakah diri sahabat di akhirat kelak ketika dibangkitkan dari kubur??
sama2 kita renungkan....
Wa'allahualam.
No comments:
Post a Comment