Tuesday, June 29, 2010

HIDUP IBADAH

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi kerana Allah..

IBADAH.... kalau perkataan ini singgah di kepala, rasanya apakah yang terpapar di minda sahabat?

Mendirikan solat, membaca Al-Quran, berzikir, mengeluarkan zakat, berpuasa, haji, duduk di sejadah...segala yang berkaitan dengan masjid, sedekah dan pelbagai lagi ibadah yang nampak ibadah. Betul? Anda terbayang sebegitu?

Jadi, jika tujuan kehidupan kita hanya untuk beribadah, maka apakah yang patut kita lakukan dalam kehidupan kita ini??

Adakah ibadah di atas itu sahaja? bagaimana pula dengan belajar? bagaimana dengan kerja?

kita mesti kerja, mesti belajar, mesti makan dan minum, tapi tujuan hidup untuk ibadah, bukan untuk kerja, bukan untuk makan, belajar dan sebagainya. lalu, bagaimana jadinya?? bukankah tujuan hidup untuk beribadah?

persoalannya....Bagaimana mahu hidup?

Profesor Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan dalam bukunya al-Ibadah Fi al-Islam (Ibadah dalam Islam):

" Sesungguhnya beribadah kepada Allah SWT tidaklah terhad kepada mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al-Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sebagaimana fahaman sesetengah golongan islam (yang mendakwa islam). Ramai yang menyangka apabila mereka telah menunaikan fardu-fardu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan hak Allah terhadap mereka seperti mereka menyangka sudah selesai menunaikan kewajipan. Mereka menyangka sudah selesai menunaikan kewajipan ubudiyyah terhadap Allah. Padahal tanggapan tersebut adalah meleset daripada hakikatnya yang sebenar."

Nah.....itulah jawapannya. Ibadah itu tidak hanya terbatas di pagar-pagar masjid, tetapi ibadah itu sebenarnya mencakupi seluruh kehidupan manusia. secara mudah, kehidupan itu sendiri ibadah.

makan itu satu ibadah,
minum itu satu ibadah,
bercakap itu satu ibadah,
senyum ibadah, dan kesimpulannya, semua juzuk dalam kehidupan menjadi ibadah selagi mana apa yang kita buat itu dilakukan dengan ikhlas dan mengikut garis panduan yang dibenarkan syarak.

Ramai orang tidak faham mengenai perkara ini. kebanyakannya memisahkan kehidupan mereka dengan ibadah. Sebenarnya tidak, ibadah itu mencakupi seluruh kehidupan. sebab itulah Allah menyatakan bahawa tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadah.

" Dan tidak kami ciptakan jin dan manusia itu melahirkan hanya untuk beribadah (kepada kami)." (Al-Zariyat:56)

Ya, apabila seluruh perbuatan dalam kehidupan anda menjadi ibadah, maka segala perbuatan anda akan mendapat balasan. Ada ganjaran untuk setiap ibadah bukan? anda tidak rugi menjadikan kehidupan anda sebagai ibadah. dan sebenarnya anda tidak akan untung pun jika anda tidak menjadikan kehidupan anda sebagai ibadah. Ini kerana kehidupan anda memang ibadah. setiap saat dikira oleh Allah.

" Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah akan dihitung, sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah juga akan dihitung." (Al-Zalzalah:7-8)

kehidupan kita memang satu ibadah sebenarnya. Berjalan, minum, makan, berdiri, berbual,mandi, belajar, berkahwin, menjaga anak, menjaga diri dan semua perkara dalam kehidupan adalah ibadah. Tetapi sebagaimana yang saya katakan tadi, ia perlu mempunyai 2 syarat iaitu:

*Niatnya baik
*perkara itu baik disisi syarak

Namun, membunuh orang, mengumpat dan perkara yang ditegah syarak bukanlah ibadah walaupun ia berada dalam kehidupan kita.

Tanpa ibadah-ibadah asas itu, hati kita akan mudah menjadi lemah....

Jadi, anda mahu kehidupan anda dikira sebagai ibadah?atau hanyalah satu kehidupan yang tidak dikira disisi Allah?

Mari kita muhasabah diri kita, kita perbaiki kehidupan kita jadikan kehidupan kita sebagai............satu IBADAH!
Mari islah diri...

Wa'allahualam.

1 comment:

  1. nice entry.... ibadah mencakupi seluruh aspek kehidupan samada fardhu ain atau fardhu kifayah...

    ReplyDelete