Thursday, April 15, 2010

PESAN PADA DIRI



PESAN PADA DIRI

Jangan tersalah memberi HATI…

Pada insan yang tidak sudi dan tidak mengerti…

KERANA…

Sekali kau dilukai…

Sampai mati kau tetap ingati…

PESAN PADA DIRI LAGI

Berhati-hatilah memberi hati…

Sebab ianya untuk insan yang TAHU MENGHARGAI…

Betapa tingginya NILAI SEKEPING HATI.

Tuesday, April 6, 2010

MENGHARGAI APA YANG DIMILIKI...

" Berpisah dan bertemu adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati jangan lupa."

Berdoalah kita agar aman dan sentosa.....

begitulah bait-bait lagu perpisahan yang kita sering lagukan apabila berlakunya perpisahan. perpisahan yang tidak pernah ada penghujungnya.

"jangan terlalu bergantung kepada sesuatu atau seseorang kerana amat menyakitkan apabila kehilangannya"...

"usah ditangisi perpisahan hari ini kerana masih ada banyak lagi perpisahan-perpisahan yang akan dialami di hari mendatang...."

terngiang-ngiang lagi patah perkataan yang diamanatkan oleh guru. Betapa hari ini dapat dirasai kebenaran kata-kata keramat itu sepanjang aku melalui hari-hari mendatang yang semakin beronak duri. Pelbagai perpisahan yang berlaku sepanjang perjalanan menuju kedewasaan yang mana semakin banyak perpisahan yang terjadi semakin ia mendewasakan kita.

perpisahan bererti kehilangan. Biar apapun yang hilang ianya amat menyakitkan kecuali kehilangan penyakit. justeru, pernahkah kita semua terfikir untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini??

percayalah.... kehadiran seseorang dalam hidup kita biar bagaimanapun ia, pasti akan menjadikan hidup ini berwarna-warni. kehadirannya tentu memberi pengajaran sedikit sebanyak dalam kehidupan ini.

jika dilihat dari aspek keluarga, kenangan sewaktu dibesarkan bersama-sama,menerima hukuman di atas kenakalan, keseronokkan pada Hari Raya pasti membuatkan kita terkenang kenangan tersebut dan merinduinya semula. Ayah dan ibu, begitu tinggi mereka bertakhta dihati kita. mungkin sesekali berlaku perselisihan faham, tapi pastikan ia tidak menjadi duri dalam daging yang disimpan berkurun-kurun hingga dendam. jalan keluar terbaik bagi menghilangkan emosi terluka yang begitu menyeksakan diri kita ialah dengan memberi kemaafan.

frman Allah berbunyi:

"jika kamu lahirkan kebaikan atau kamu sembunyikan atau memaafkan kesalahan orang lain, sesungguhnya Allah itu pemaaf dan Maha Berkuasa: (an-nisa':149)

Ingatlah.....mereka sebenarnya sedang mengejar masa kematian. Masa untuk bersama0sama mereka sebenarnya tidak begitu lama dan semakin suntuk, ruang untuk membalas setiap titik peluh yang dititiskan untuk membesarkan kita agak terbatas waktunya.
Apabila mereka mendahului kita, tiada apa lagi yang tinggal kecuali kenangan silam yang tak mungkin kembali.......
kita akan sentiasa merindui suara leteran dan nasihat mereka....
Garis-garis kedut di muka dan tangan mereka... kita akan merindui sehinggalah kita pula mengambil alih tempat mereka.

Menghargai tidak bererti mesti bergantung sepenuhnya kerana ia akan melukakan apabila kehilangannya... ia bererti mesti menghargai setiap detik waktu bersama apa yang kita miliki kerana sebenarnya ia sedang memberi kita pengajaran dalam hidup.

bagaimanapun, pergantungan kita sepenuhnya adalah kepada diri kita sendiri bersama kekuatan dalaman yang kita bentuk hasil ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Waallahualam..

Sunday, March 28, 2010

Bawa Hatimu Kepada Tuhan...


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

KEMBARA HIDUP

Telah jauh aku mengembara,
Mencari erti hidup di dunia ini...
yang selama ini sering disalah erti oleh mereka yang bertuhankan hati,
ku musafir ke pelusuk dunia memerhatikan gelagat manusia...
ada yang gembira hingga terlupa,
ada yang berduka tetapi gembira,
terasa lelah menempuh jalanan beronak duri...
segala sesat tanpa haluan,
sehingga punca hilang di mata,
kuturutkan jua hati yang buta,
ku pasrahkan padamu tuhan...
segala yang akan berlaku...
kerana Engkaulah penentu segala,
menciptakan dunia penuh pancaroba...
tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku tuhan,
agar tidakku kesesatan dari jalan syurgaMu yang kuidamkan,
kerana tidakku terdaya menahan siksa neraka,
layakkah pula aku untuk kesyurga...
ku hanya hamba...
yang diciptakan dengan kelemahan
sering daku terlupa
sering jua daku terleka
dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
Ya ALLAH....



Bawa Hatimu Kepada Tuhan...

kali ini ana ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama memuhasabah diri. kerana bagi ana muhasabah diri adalah kunci penting untuk kita sentiasa istiqamah dalam amalan.Hati kita sentiasa dihujani ujian-ujian yang kadang kala melemahkan dan melelahkan...

kadang kala, terasa ujian yang ditanggung terlalu berat...tapi hati sering mengingatkan bahwa ada lagi insan yang diuji lebih teruk!...MasyaAllah...

setiap orang apabila ditanya 'mahukah kamu masuk syurga?' pasti jawapannya adalah 'mahu!'...bahkan kanak-kanak yang masih dibangku sekolah juga sangat suka apabila ustazah mereka menceritakan tentang hebatnya syurga Allah...ana masih ingat lagi ketika ana ingin memujuk adik ana yang paling kecil untuk solat...ana menceritakan kisah keindahan syurga dan azab api neraka yang pedih..betapa khusyuknya dia mendengar tentang keindahan syurga...tetapi apabila ana menceritakan tentang azab api neraka mukanya terus berubah risau dan takut...terus sahaja adik ana bangun dan ambil wuduk! itulah tektik ana pujuk adik yang kecik tu...hihi biasala budak kecik ni kita kena buat dia faham kenapa dia perlu solat..

ha...tu baru budak kecik...kita yang dah dewasa ni??? Astaghfirullahhalazim.... ada juga yang masih liat nak solat pada awal waktu...

Namun, pelbagai ranjau yang perlu kita tempuhi untuk mencari Jannah...

ingin ke syurga dan kekal menjadi penghuninya menjadi kemuncak harapan para mukmin dan mukminah...betul tak?? yelah...apa lagi yang boleh kita harap serta dambakan selain daripadanya. bukankan di akhirat hanya ada dua penyudah??? ke SYURGA atau ke NERAKA! kita pasti tidak mahu tubuh kita dijamah api neraka yang panas membakar walau sesaat! sakit!!!panas!!!pedih!!!....

ana merenung jauh melihat langit....cukupkah sekadar membenihkan angan-angan dan melukiskan khayalan sudah terjamin kita dapat menikmati nikmat syurga???

ia pastinya bukan percuma....seperti subsidi yang semua layak memilikinya...

bukan kahwin je perlu ada mahar...syurgapun ada mahar tau...mahar syurga dibayar dengan perjuangan dan pengorbanan...MasyaAllah! sudahkah hamba melakukan semua itu??? darah...keringat...air mata...adakah hamba pernah tumpahkan kerana redhaMu Ya Allah???jika ada..sudah cukupkah untuk hamba memasuki syurgaMu??

namun...

nafsu dan syaitan tidak suka dan bengang dek kerana keinginan dan syahwat mereka terkekang dan disekat!
Adakah kedua-duanya akan duduk diam lalu menyerah percuma???

lihat bagaimana syaitan memperkudakan nafsu agar seluruh anggota sentiasa terdorong dan terarah melakukan maksiat dan dosa. bilamana agama menyuruh kita menjauhkan diri daripada noda dan dosa, maka inilah yang paling syaitan dan nafsu tidak suka. Dia tak boleh terima dan benci kepada hamba yang istiqamah bermujahadah.

saat itu...

berlakulah tarik menarik. malaikat menarik dan membisik ke arah kebenaran dan keredhaan Allah. Manakala syaitan, dari arah bertentangan, bermati-matian menarik kearah kedosaan dan kemurkaan Allah.

kerana sifat asal nafsu itu sangat suka membantah dan suka kepada dosa...

lalu, mahu bangun solat subuh terasa sakit. mahu bangun malam untuk bermunajat terasa sakit. mahu menutup aurat sakit. mahu membaca al-Quran sakit dan seperti tidak ada masa. mahu memohon maaf pada orang juga terasa berat dan sakit. mahu bersedekah sakit. mahu meninggalkan perbuatan mengumpat sakit. mahu solat jemaah pun sakit!. semuanya terasa sakit, berat dan payah sekali!...

maka, di sinilah pengorbanan sangat diperlukan. disinilah seruan mujahadah berkumandang jelas ditelinga anak Adam supaya mengekang dan berjuang berhabis-habisan. mujahadatun nafs (jihad mengekang nafsu) pun bermula...

dengan mujahadah, keinginan nafsu jadi terkorban. ya, itulah yang dikehendaki dalam pengakuan cinta kita kepada Allah....

astaghfirullahhalazim...

semoga kita sama-sama dapat bermujahadah melawan nafsu dan syaitan...

tulisan ana ini hanyalah sebagai peringatan kepada diri ana sendiri supaya sentiasa ingat tentang tujuan hidup ini...

persoalannya, sudah sampaikah masanya untuk kita membawa Hati ini kepada TUHAN?


"mencari kemanisan dalam kehidupan.
mehna mendatang terasa terbeban.
bawa hatimu kepada tuhan.
di sana menanti syurga idaman"

Waallahualam,

Sunday, February 28, 2010

ILI kali ke-2...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

“dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, kami berikan pula kepadanya pahala akhirat itu, dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang bersyukur.” (surah Ali-Imran:145)

Astaghfirullahhalazim….
Ya Allah,
Ampunkanlah dosa hamba,
Hamba redha menerima ujianMu ini,
Hamba sedar tiada yang lebih berkuasa daripadaMu,
Engkau tidak pernah menganiaya hambaMu…
Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu,
Sedangkan hamba tidak mengetahui,

*( ILI ) kali ke-2…
Rasanya dah seminggu ana demam, tapi masih makin teruk….ana yakin Allah sayangkan ana sebab tu Allah bagi ana sakit, mudah-mudahan banyakla dosa kecil ana terhapus…
Yang penting sabar, sabar, dan tetap bersabar…….
Semalam ana pergi ke hospital doktr cakap ana ada symptom H1n1…masuk kategori ILI… ni dah masuk kali ke dua ana kena ILI…ana pun xsangka boleh kena lagi memandangkan sekarang ni ana kurang dengar berkaitan influenza ni.. apa pun yang penting ana bukanlah kritikal…alhamdulillah…Allah nak uji sikit je…
Esok pagi ana naik flight balik rumah, maklumlah mc 5 hari…ada juga hikmahnya, dapat balik rumah jumpa family..hihi(^_^) tapi…ana sedih sangat2 dan rasa rugi sangat2 sebab tak dapat dengar forum “Nabiku Sayang, Nabiku Hantam”. Harap-harap ada rakaman…

Sahabat-sahabat semua ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati….
Jadi, jagalah kesihatan kita semua…:)
Doakan ana sihat…

Assalamualaikum…

Friday, February 26, 2010

BERKAWAN DENGAN ORANG JAHAT

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Marilah kita sama-sama perbaharui kalimah syahadah dan membasahi lidah kita dengan zikrullah agar hati kita tidak menyimpang dari jalan Allah.

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar!

Alhamdulillah Allah masih lagi berikan ana kekuatan untuk menulis sesuatu untuk blog ana ini walaupun dalam keadaan yang ditarik nikmat kesihatan sekejap. Sudah seminggu ana demam mungkin kerana badan terlalu dipaksa untuk bergerak.. minggu lepas ana terpaksa masuk pertandingan aerobik kerana menggantikan kawan yang sakit. Alhamdulillah kelas ana terpilih untuk masuk ke final…ana minta maaf kepada sahabat kelas ana kerana ana terpaksa menarik diri untuk pertandingan akhir ini… semoga hasil usaha kalian membuahkan hasil…insyaallah..

Disini sebenarnya ana ingin mengingatkan kita semua akan bahaya teman yang jahat. Maksudnya adalah teman yang menghalangi dan memalingkan kita semua dari hidayah.
Ana tertarik dengan kata-kata seorang ulama iaitu: “Teman itu ada tiga, teman seperti udara, teman seperti ubat, dan teman seperti penyakit. Teman seperti udara adalah teman yang sangat diperlukan, umpama kita yang sangat memerlukan udara, jika tiada udara, kita pasti mati. Dialah teman yang mendekatkan serta menjadikan kita senang berzikir mengingati Allah. Oleh kerana itu kita tidak boleh menjauhinya. Kunjungi dan pergauli dia dengan baik. Tanyakan kepadanya mengenai banyak perkara. Cintai dan doakan dia…

Teman seperti ubat adalah teman yang membawa manfaat. Kita hanya memerlukannya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Seperti penjual di kedai runcit yang hanya kita perlukan ketika kita perlu membeli barang sahaja. Jadi tidak benar kalau sejak pagi hingga petang kita terus-menerus bergaul bersamanya sambil berkata: “Aku mencintaimu kerana Allah!” dan aku sangat memerlukanmu.” Teman seperti ini hanya kita perlukan pada waktu ada kepentingan sahaja, tanpa ingin berlama-lama dengannya.

Teman seperti penyakit adalah teman yang dapat menjangkitimu. Dialah virus mematikan! yang harus disingkirkan. Sebab dialah yang mendekatkanmu ke dalam api neraka dan membawamu ke dalam kehinaan dunia dan akhirat. Kita berlindung kepada Allah dari perkara ini. Kita semestinya menjauhi teman seperti ini, seperti ketika kita berusaha lari dikejar anjing atau singa!.

Sedang ana membelek-belek buku Pesanan Buat Orang Berdosa, ana tertarik dengan wasiat Ja’far ash-Shadiq kepada anaknya.
Ja’far ash-Shadiq berkata kepada anaknya: “wahai anakku, janganlah berteman dengan tiga orang. Pertama orang yang derhaka kepada orang tuanya, sebab dia telah dilaknat oleh Allah. Kedua orang jahat, sebab kejahatannya akan menular ke dalam dirimu. Ketiga orang pembohong, sebab kebohongan dapat mendekatkan segala yang jauh, dan menjauhkan semua yang dekat.”

Indah sungguh wasiat ini….sebab itulah ana memperingatkan diri ana sendiri beserta sahabat-sahabat semua agar tidak bergaul dengan teman jahat yang hanya akan membawa kita jauh dari jalan Allah.

Orang yang bergaul dengan orang-orang soleh akan memperolehi 3 keuntungan:

1.Allah menambahkan ilmu, kecerdasan, dan taufik kepadanya.
2.Memperoleh doa mereka di dunia.
3.Memperoleh syafaat mereka di akhirat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“ pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).” (Az-Zukhruf:67).

Waallahualam…

Salam Maulidurrasul buat semua…banyakkan berselawat! (^_^)

Saturday, January 23, 2010

Assalamualaikum...

Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah walau dimana sahaja kita berada.

Minggu lepas ana sempat bertanya khabar kepada family angkat ana di Kampung Sosondoton,Ranau,Sabah... Alhamdulillah...kakak angkat ana membalas mesej ana.
ana mula bertanyakan khabar mama dan abah angkat ana di sana... kakak angkat ana iaitu kak hasrineh bagitau ana mama sudah pandai membaca surah al-fatihah dan surah al-ikhlas...ana rasa bersyukur sangat2...mama bersungguh untuk mempelajari agama daripada kakak angkat ana tu dan yang paling terharunya mama teringin sangat nak tengok gambar ana,kak amy, dan kak mariam. kak amy dan kak mariam adalah kakak yang dapat keluarga angkat sama dengan ana.

Rindu ana kepada Sabah semakin menebal... kakak angkat ana pula berharap sangat ana dapat di postingkan ke sana...em...termenung panjang ana... kalau ikutkan hati memang nak posting ke sana dan meneruskan dakwah di sana. tapi, mungkin keluarga ana tak benarkan sebab terlalu jauh. tapi ana menyimpan azam untuk pergi lagi ke sana satu hari nanti jika diizinkan Allah dengan membawa misi dakwah.

Ana suka mengembara di tempat orang mencari dan mengutip pengalaman baru, kerana pengalaman tu tak mampu nak dibeli kerana terlalu mahal nilainya. baru-baru ini kak Izzah(kakak ana) pergi ke Thailand untuk misi dakwah, ana sangat teruja mendengar pengalaman dia di sana. bertuah sungguh kakak ana kerana diberi peluang untuk ke sana. mampukah ana untuk berdakwah ke sana??? em....ana rasa ana tak mampu..masih banyak lagi yang ana perlu belajar. ana masih tidak layak untuk bergelar pendakwah kerana diri ana sendiri perlu didakwahkan dahulu..hihi(^-^)

Tapi apa yang penting bagi ana adalah semangat berdakwah tu perlu ada dalam diri setiap orang. kerana sebagai seorang muslim kita telah diberi amanah untuk melakukan amal makruf nahi mungkar...

Bercakap tentang amanah ni ana teringat pula tentang perkembangan isu semasa maktab, sibuk dengan berkempen untuk pilihanraya JPP. ana berharap sangat bakal pemimpin JPP yang seterusnya ini dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya sambil menitik beratkan soal agama. pemimpin yang baik perlu ikhlas dalam melaksanakan tugasnya dan sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang. Teringat pada satu kata pujangga "Jangan Bicara Soal Perjuangan Jika Takut Pada Risiko"
Waallahualam...

Friday, January 1, 2010

pengharaman buku Sister In Islam...


Pengharaman buku SIS ditetapkan 25 Januari: Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 25 Januari bagi memutuskan berhubung permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk menarik balik pengharaman buku bertajuk "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism".

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof, menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah dari Peguam Kanan Persekutuan, Noor Hishamuddin Ismail yang mewakili Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar dan peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili SIS.

SIS, dalam permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan pada 15 Disember 2008, mendakwa pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan menyalahi Artikel 8(2), 10 (1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Buku itu adalah susunan esei berdasarkan kajian oleh aktivis dan cendikiawan antarabangsa dan disunting oleh ahli sosiologi, Profesor Norani Othman dari Institut Pengajian Antarabangsa dan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengharaman buku tersebut adalah atas alasan ia cenderung ke arah mengelirukan masyarakat Islam khususnya wanita dan satu percubaan untuk mentafsirkan kenyataan mengenai Islam.

Sebelum itu, Noor Hishamuddin berhujah, bahawa menteri mempunyai budi bicara yang mutlak untuk membuat keputusan itu kerana beliau sudah mendapatkan pandangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung undang-undang Islam sebelum membuat keputusan.
Katanya, mahkamah tidak patut campur tangan berhubung keputusan itu kecuali menteri bertindak secara tidak rasional dan menyalahi undang-undang apabila mengarahkan buku itu diharamkan.

Noor Hishamuddin juga berhujah, bahawa orang ramai yang cetek pengetahuan agama Islam tidak boleh dengan sewenang-wenangnya berbincang agama Islam kerana ia akan menyebabkan akidah dan pegangan agama terjejas.

Beliau berkata, alasan menteri bahawa buku itu adalah memudaratkan ketenteraman awam kerana mempertikaikan undang-undang keluarga Islam dan jenayah Islam adalah betul kerana tulisan itu bersifat menghukum dan tindakan itu boleh menyentuh kesucian Islam.

"Penulis buku itu cuba merungkai hukum Islam dengan fahaman dia sendiri," katanya.
Malik Imtiaz pula berhujah, bahawa perintah menteri tidak disokong oleh pakar dan garis panduan Jakim berhubung isu Islam tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang memandangkan tiada dalam undang-undang yang menyebut bahawa Jakim adalah badan berkuasa dalam isu Islam.

Katanya, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa memudaratkan ketenteraman awam berada di bawah Perlembagaan Persekutuan manakala isu akidah berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri.

Malik Imtiaz berkata, penulis dalam buku itu hanya melahirkan pandangan di bidang akademik dan menghampiri pentadbiran Islam dan tidak menyentuh akidah.

Katanya, ia juga adalah tanggungjawab menteri bagi membuktikan bahawa buku itu boleh mengelirukan pembaca di kalangan orang Islam. - Bernama

..................................................................................

Ini petikan berita yang ana baca baru2 ini…hanya sekadar perkongsian isu semasa berkenaan perkembangan isu ‘sister in islam’…ramai sahabat2 ana yang apabila ditanya berkaitan isu sister in islam mereka langsung tidak mengambil tahu tentangnya..padahal ini adalah masalah yang dihadapi oleh orang islam di Malaysia sekarang ini..mereka menyampaikan fahaman dan pandangan mereka mengikut logic akal sahaja antaranya mengatakan poligami tu menganiaya perempuan. Isu Kartika yang dijatuhkan hukuman sebat kerana meminum arak dikhalayak ramai juga sister in islam mengatakan hukuman itu tidak sesuai dizaman ini…terang-terang mereka telah terpesong dan kononnya cuba membela nasib wanita.

Ana pernah ditanya apakah sumbangan ana pada islam jika ana ditakdirkan mati esok hari?

Apakah sumbangan ana??? Masyaallah….termenung ana memikir jawapan untuk persoalan itu…Astaghfirullahalazim…ana mula muhasabah diri semula. Jika selama ini kita banyak memikirkan soal masalah dunia…pernah kita pernah memikirkan soal masalah umat hari ini??? Apakah kita pernah memikirkan sumbangan yang ingin kita berikan??? Apakah kita pernah memikirkan dan berbincang cara-cara bagaimana untuk menanganinya???


“Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu,
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah yang maha pengasih….”


Sebenarnya sebagai guru dan juga orang islam kita perlu mengambil tahu dan sensitive dengan isu-isu seperti ini supaya dapat sama-sama menangani masalah ini. Tidak semestinya kita bukan seorang ustazah ataupun pendakwah kita perlu lepas tangan dan mengambil keputusan untuk tidak ambil peduli langsung berkaitan masalah umat. Kita perlu berpijak pada bumi yang nyata…reality kehidupan kita masa kini memerlukan kita melengkapi diri dengan ilmu agama dan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa.

Apa yang ana tulis ini hanyalah sekadar untuk peringatan pada diri ana sendiri yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan. Ana berharap dapat berkongsi maklumat dengan sahabat2 walaupun hanya sekelumit sahaja.

Waallahualam,

Salam Ukhwah fillah Abadan abada…