Friday, January 1, 2010

pengharaman buku Sister In Islam...


Pengharaman buku SIS ditetapkan 25 Januari: Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 25 Januari bagi memutuskan berhubung permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk menarik balik pengharaman buku bertajuk "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism".

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof, menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah dari Peguam Kanan Persekutuan, Noor Hishamuddin Ismail yang mewakili Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar dan peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili SIS.

SIS, dalam permohonan bagi semakan kehakiman yang difailkan pada 15 Disember 2008, mendakwa pengharaman buku itu adalah di luar bidang kuasa Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan menyalahi Artikel 8(2), 10 (1)(a) dan 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Buku itu adalah susunan esei berdasarkan kajian oleh aktivis dan cendikiawan antarabangsa dan disunting oleh ahli sosiologi, Profesor Norani Othman dari Institut Pengajian Antarabangsa dan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengharaman buku tersebut adalah atas alasan ia cenderung ke arah mengelirukan masyarakat Islam khususnya wanita dan satu percubaan untuk mentafsirkan kenyataan mengenai Islam.

Sebelum itu, Noor Hishamuddin berhujah, bahawa menteri mempunyai budi bicara yang mutlak untuk membuat keputusan itu kerana beliau sudah mendapatkan pandangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung undang-undang Islam sebelum membuat keputusan.
Katanya, mahkamah tidak patut campur tangan berhubung keputusan itu kecuali menteri bertindak secara tidak rasional dan menyalahi undang-undang apabila mengarahkan buku itu diharamkan.

Noor Hishamuddin juga berhujah, bahawa orang ramai yang cetek pengetahuan agama Islam tidak boleh dengan sewenang-wenangnya berbincang agama Islam kerana ia akan menyebabkan akidah dan pegangan agama terjejas.

Beliau berkata, alasan menteri bahawa buku itu adalah memudaratkan ketenteraman awam kerana mempertikaikan undang-undang keluarga Islam dan jenayah Islam adalah betul kerana tulisan itu bersifat menghukum dan tindakan itu boleh menyentuh kesucian Islam.

"Penulis buku itu cuba merungkai hukum Islam dengan fahaman dia sendiri," katanya.
Malik Imtiaz pula berhujah, bahawa perintah menteri tidak disokong oleh pakar dan garis panduan Jakim berhubung isu Islam tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang memandangkan tiada dalam undang-undang yang menyebut bahawa Jakim adalah badan berkuasa dalam isu Islam.

Katanya, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa memudaratkan ketenteraman awam berada di bawah Perlembagaan Persekutuan manakala isu akidah berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri.

Malik Imtiaz berkata, penulis dalam buku itu hanya melahirkan pandangan di bidang akademik dan menghampiri pentadbiran Islam dan tidak menyentuh akidah.

Katanya, ia juga adalah tanggungjawab menteri bagi membuktikan bahawa buku itu boleh mengelirukan pembaca di kalangan orang Islam. - Bernama

..................................................................................

Ini petikan berita yang ana baca baru2 ini…hanya sekadar perkongsian isu semasa berkenaan perkembangan isu ‘sister in islam’…ramai sahabat2 ana yang apabila ditanya berkaitan isu sister in islam mereka langsung tidak mengambil tahu tentangnya..padahal ini adalah masalah yang dihadapi oleh orang islam di Malaysia sekarang ini..mereka menyampaikan fahaman dan pandangan mereka mengikut logic akal sahaja antaranya mengatakan poligami tu menganiaya perempuan. Isu Kartika yang dijatuhkan hukuman sebat kerana meminum arak dikhalayak ramai juga sister in islam mengatakan hukuman itu tidak sesuai dizaman ini…terang-terang mereka telah terpesong dan kononnya cuba membela nasib wanita.

Ana pernah ditanya apakah sumbangan ana pada islam jika ana ditakdirkan mati esok hari?

Apakah sumbangan ana??? Masyaallah….termenung ana memikir jawapan untuk persoalan itu…Astaghfirullahalazim…ana mula muhasabah diri semula. Jika selama ini kita banyak memikirkan soal masalah dunia…pernah kita pernah memikirkan soal masalah umat hari ini??? Apakah kita pernah memikirkan sumbangan yang ingin kita berikan??? Apakah kita pernah memikirkan dan berbincang cara-cara bagaimana untuk menanganinya???


“Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu,
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah yang maha pengasih….”


Sebenarnya sebagai guru dan juga orang islam kita perlu mengambil tahu dan sensitive dengan isu-isu seperti ini supaya dapat sama-sama menangani masalah ini. Tidak semestinya kita bukan seorang ustazah ataupun pendakwah kita perlu lepas tangan dan mengambil keputusan untuk tidak ambil peduli langsung berkaitan masalah umat. Kita perlu berpijak pada bumi yang nyata…reality kehidupan kita masa kini memerlukan kita melengkapi diri dengan ilmu agama dan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa.

Apa yang ana tulis ini hanyalah sekadar untuk peringatan pada diri ana sendiri yang terlalu banyak kekurangan dan kelemahan. Ana berharap dapat berkongsi maklumat dengan sahabat2 walaupun hanya sekelumit sahaja.

Waallahualam,

Salam Ukhwah fillah Abadan abada…

1 comment:

  1. salAm

    Tq

    AKak dpT BNyk ilMU baRU Dgn baCA BLog KAMoo

    akAK Pun adE MBACe ttG SIS

    tQ 4 Ur nfO,

    HUhu

    LALALA :D

    ReplyDelete