Sunday, March 28, 2010

Bawa Hatimu Kepada Tuhan...


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

KEMBARA HIDUP

Telah jauh aku mengembara,
Mencari erti hidup di dunia ini...
yang selama ini sering disalah erti oleh mereka yang bertuhankan hati,
ku musafir ke pelusuk dunia memerhatikan gelagat manusia...
ada yang gembira hingga terlupa,
ada yang berduka tetapi gembira,
terasa lelah menempuh jalanan beronak duri...
segala sesat tanpa haluan,
sehingga punca hilang di mata,
kuturutkan jua hati yang buta,
ku pasrahkan padamu tuhan...
segala yang akan berlaku...
kerana Engkaulah penentu segala,
menciptakan dunia penuh pancaroba...
tak terdaya rasanya kakiku melangkah
Kau pimpinlah langkahku tuhan,
agar tidakku kesesatan dari jalan syurgaMu yang kuidamkan,
kerana tidakku terdaya menahan siksa neraka,
layakkah pula aku untuk kesyurga...
ku hanya hamba...
yang diciptakan dengan kelemahan
sering daku terlupa
sering jua daku terleka
dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
Ya ALLAH....



Bawa Hatimu Kepada Tuhan...

kali ini ana ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama memuhasabah diri. kerana bagi ana muhasabah diri adalah kunci penting untuk kita sentiasa istiqamah dalam amalan.Hati kita sentiasa dihujani ujian-ujian yang kadang kala melemahkan dan melelahkan...

kadang kala, terasa ujian yang ditanggung terlalu berat...tapi hati sering mengingatkan bahwa ada lagi insan yang diuji lebih teruk!...MasyaAllah...

setiap orang apabila ditanya 'mahukah kamu masuk syurga?' pasti jawapannya adalah 'mahu!'...bahkan kanak-kanak yang masih dibangku sekolah juga sangat suka apabila ustazah mereka menceritakan tentang hebatnya syurga Allah...ana masih ingat lagi ketika ana ingin memujuk adik ana yang paling kecil untuk solat...ana menceritakan kisah keindahan syurga dan azab api neraka yang pedih..betapa khusyuknya dia mendengar tentang keindahan syurga...tetapi apabila ana menceritakan tentang azab api neraka mukanya terus berubah risau dan takut...terus sahaja adik ana bangun dan ambil wuduk! itulah tektik ana pujuk adik yang kecik tu...hihi biasala budak kecik ni kita kena buat dia faham kenapa dia perlu solat..

ha...tu baru budak kecik...kita yang dah dewasa ni??? Astaghfirullahhalazim.... ada juga yang masih liat nak solat pada awal waktu...

Namun, pelbagai ranjau yang perlu kita tempuhi untuk mencari Jannah...

ingin ke syurga dan kekal menjadi penghuninya menjadi kemuncak harapan para mukmin dan mukminah...betul tak?? yelah...apa lagi yang boleh kita harap serta dambakan selain daripadanya. bukankan di akhirat hanya ada dua penyudah??? ke SYURGA atau ke NERAKA! kita pasti tidak mahu tubuh kita dijamah api neraka yang panas membakar walau sesaat! sakit!!!panas!!!pedih!!!....

ana merenung jauh melihat langit....cukupkah sekadar membenihkan angan-angan dan melukiskan khayalan sudah terjamin kita dapat menikmati nikmat syurga???

ia pastinya bukan percuma....seperti subsidi yang semua layak memilikinya...

bukan kahwin je perlu ada mahar...syurgapun ada mahar tau...mahar syurga dibayar dengan perjuangan dan pengorbanan...MasyaAllah! sudahkah hamba melakukan semua itu??? darah...keringat...air mata...adakah hamba pernah tumpahkan kerana redhaMu Ya Allah???jika ada..sudah cukupkah untuk hamba memasuki syurgaMu??

namun...

nafsu dan syaitan tidak suka dan bengang dek kerana keinginan dan syahwat mereka terkekang dan disekat!
Adakah kedua-duanya akan duduk diam lalu menyerah percuma???

lihat bagaimana syaitan memperkudakan nafsu agar seluruh anggota sentiasa terdorong dan terarah melakukan maksiat dan dosa. bilamana agama menyuruh kita menjauhkan diri daripada noda dan dosa, maka inilah yang paling syaitan dan nafsu tidak suka. Dia tak boleh terima dan benci kepada hamba yang istiqamah bermujahadah.

saat itu...

berlakulah tarik menarik. malaikat menarik dan membisik ke arah kebenaran dan keredhaan Allah. Manakala syaitan, dari arah bertentangan, bermati-matian menarik kearah kedosaan dan kemurkaan Allah.

kerana sifat asal nafsu itu sangat suka membantah dan suka kepada dosa...

lalu, mahu bangun solat subuh terasa sakit. mahu bangun malam untuk bermunajat terasa sakit. mahu menutup aurat sakit. mahu membaca al-Quran sakit dan seperti tidak ada masa. mahu memohon maaf pada orang juga terasa berat dan sakit. mahu bersedekah sakit. mahu meninggalkan perbuatan mengumpat sakit. mahu solat jemaah pun sakit!. semuanya terasa sakit, berat dan payah sekali!...

maka, di sinilah pengorbanan sangat diperlukan. disinilah seruan mujahadah berkumandang jelas ditelinga anak Adam supaya mengekang dan berjuang berhabis-habisan. mujahadatun nafs (jihad mengekang nafsu) pun bermula...

dengan mujahadah, keinginan nafsu jadi terkorban. ya, itulah yang dikehendaki dalam pengakuan cinta kita kepada Allah....

astaghfirullahhalazim...

semoga kita sama-sama dapat bermujahadah melawan nafsu dan syaitan...

tulisan ana ini hanyalah sebagai peringatan kepada diri ana sendiri supaya sentiasa ingat tentang tujuan hidup ini...

persoalannya, sudah sampaikah masanya untuk kita membawa Hati ini kepada TUHAN?


"mencari kemanisan dalam kehidupan.
mehna mendatang terasa terbeban.
bawa hatimu kepada tuhan.
di sana menanti syurga idaman"

Waallahualam,

1 comment:

  1. salAm

    artikEL yG CKuP MENYentUH haTi

    skRg mcaM2 DA terjadI

    ntaH BILa sgalA NIKMAt akan DITARik..

    SMOga kiTA DIbeRI KEKuataN

    UtK MGHADaPI dugaAnNYA..

    AMIN...

    ReplyDelete