Tuesday, April 6, 2010

MENGHARGAI APA YANG DIMILIKI...

" Berpisah dan bertemu adat manusia biasa, hilang di mata tapi di hati jangan lupa."

Berdoalah kita agar aman dan sentosa.....

begitulah bait-bait lagu perpisahan yang kita sering lagukan apabila berlakunya perpisahan. perpisahan yang tidak pernah ada penghujungnya.

"jangan terlalu bergantung kepada sesuatu atau seseorang kerana amat menyakitkan apabila kehilangannya"...

"usah ditangisi perpisahan hari ini kerana masih ada banyak lagi perpisahan-perpisahan yang akan dialami di hari mendatang...."

terngiang-ngiang lagi patah perkataan yang diamanatkan oleh guru. Betapa hari ini dapat dirasai kebenaran kata-kata keramat itu sepanjang aku melalui hari-hari mendatang yang semakin beronak duri. Pelbagai perpisahan yang berlaku sepanjang perjalanan menuju kedewasaan yang mana semakin banyak perpisahan yang terjadi semakin ia mendewasakan kita.

perpisahan bererti kehilangan. Biar apapun yang hilang ianya amat menyakitkan kecuali kehilangan penyakit. justeru, pernahkah kita semua terfikir untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini??

percayalah.... kehadiran seseorang dalam hidup kita biar bagaimanapun ia, pasti akan menjadikan hidup ini berwarna-warni. kehadirannya tentu memberi pengajaran sedikit sebanyak dalam kehidupan ini.

jika dilihat dari aspek keluarga, kenangan sewaktu dibesarkan bersama-sama,menerima hukuman di atas kenakalan, keseronokkan pada Hari Raya pasti membuatkan kita terkenang kenangan tersebut dan merinduinya semula. Ayah dan ibu, begitu tinggi mereka bertakhta dihati kita. mungkin sesekali berlaku perselisihan faham, tapi pastikan ia tidak menjadi duri dalam daging yang disimpan berkurun-kurun hingga dendam. jalan keluar terbaik bagi menghilangkan emosi terluka yang begitu menyeksakan diri kita ialah dengan memberi kemaafan.

frman Allah berbunyi:

"jika kamu lahirkan kebaikan atau kamu sembunyikan atau memaafkan kesalahan orang lain, sesungguhnya Allah itu pemaaf dan Maha Berkuasa: (an-nisa':149)

Ingatlah.....mereka sebenarnya sedang mengejar masa kematian. Masa untuk bersama0sama mereka sebenarnya tidak begitu lama dan semakin suntuk, ruang untuk membalas setiap titik peluh yang dititiskan untuk membesarkan kita agak terbatas waktunya.
Apabila mereka mendahului kita, tiada apa lagi yang tinggal kecuali kenangan silam yang tak mungkin kembali.......
kita akan sentiasa merindui suara leteran dan nasihat mereka....
Garis-garis kedut di muka dan tangan mereka... kita akan merindui sehinggalah kita pula mengambil alih tempat mereka.

Menghargai tidak bererti mesti bergantung sepenuhnya kerana ia akan melukakan apabila kehilangannya... ia bererti mesti menghargai setiap detik waktu bersama apa yang kita miliki kerana sebenarnya ia sedang memberi kita pengajaran dalam hidup.

bagaimanapun, pergantungan kita sepenuhnya adalah kepada diri kita sendiri bersama kekuatan dalaman yang kita bentuk hasil ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Waallahualam..

1 comment: