Wednesday, April 21, 2010

" disebalik KEBENARAN TERSINGKAP"


Alhamdulillah kebelakangan ini ana diberi kesempatan masa untuk update blog ‘kebenaran tersingkap’ ini…mudah-mudahan kebenaran akan tersingkap juga suatu hari nanti. Untuk pengetahuan sahabat, nama blog ana ini banyak mengingatkan ana kepada memori usrah bersama naqibah ana iaitu kak Hanisah Wanhasan, kak Hanisah lah yang memberi nama blog ana ini…rindu ana kepada halaqah bersama kak hanisah semakin menebal.Rindu dengan jiwa-jiwa yang sering mendidikku... Namun, itu dahulu….ketika ana menjadi anak usrah, tapi kini…ana adalah naqibah. Ana berasa sangat bersyukur kerana ALLAH memilih ana untuk sama-sama berjuang dalam medan dakwah di bumi IPG ini walaupun ana bukanlah dari jurusan agama. InsyaAllah ana akan gunakan peluang ini untuk memperbaiki diri ana sendiri untuk lebih sedar tentang hakikat kejadian diri. kerana diri ana sendiri masih banyak kekurangan dan kelemahan.

Ketika ana ditakhlifkan menjadi naqibah, terasa kerdilnya diri ana berada dikalangan sahabat-sahabat dari jurusan agama. Sering kali ana mengadu kepada kakak-kakak naqibah yang lain tentang kebimbangan ana jikalau tidak dapat melaksanakan amanah ini dengan baik. Tapi, kak Hanisah selalu mengingatkan ana bahawa tugas dakwah ini bukan hanya tanggungjawab ustaz dan ustazah.

Terima kasih kak Hanisah kerana sering menjadi pembakar semangat ana dikala ana jatuh tersungkur menahan serangan fitnah,cacian dan penipuan yang benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal ana, kak Hanisah dan sahabat-sahabat usrahlah yang banyak menghulurkan tangan membangkitkan ana ketika ana jatuh tersungkur. Ana yakin Allah tidak pernah meninggalkan ana, dikala fitnah kedengaran di sana sini tiada siapa yang mahu mendengar penjelasan. Mereka lebih suka mendengar gossip dan fitnah berbanding kebenaran. Mungkin itu lebih menyeronokkan bagi mereka… Ana sering membisikkan di dalam hati ana bahawa “semua yang berlaku pasti ada hikmahnya!”

Semenjak ana menjejakkan kaki di bumi IPG KDRI ini, telah banyak fasa kehidupan jatuh bangun yang telah ana lalui. Kadang-kadang hati merintih derita…kadang-kadang hati menjerit hiba. Namun ana sedar kehidupan ini tidak seindah yang kita impikan. Kehidupan ini penuh dengan liku-liku dan duri rintangan yang datang tanpa diduga. Namun, perjuangan tetap harus diteruskan walau JATUH atau BANGUN!

Biarlah mereka berkata-kata…seenak yang mereka rasa dan inginkan. Bagi ana Allah mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah. Ana lebih suka DIAM dan MENYENDIRI…kerana itu akan membuatkan ana lebih dekat dengan Rabbi. Ana yakin suatu hari nanti kebenaran pasti tersingkap. Biarlah mereka membuat seribu andaian dan anggapan…manusia memang sering bersangka-sangka.

Hanya coretan biasa dari insan biasa yang mengharapkan keredhaan Allah yang Maha Esa,

"Biarlah manusia tak pandang kita asalkan Allah pandang kita"

Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment