Friday, May 7, 2010

Tazkiyatun Nafs...


Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Ya Allah...terima kasih kerana masih memberikan hamba peluang

untuk bertaubat memperbaiki setiap kelemahan...

Ya Allah, jangan biarkan hamba keseorangan...jangan biarkan hamba keseorangan...

jangan tinggalkan hamba lagi...hamba lemah...

pimpinlah langkahku Ya Allah...

Ya Allah...dengarlah rintihan hambaMu ini...

Yang sentiasa mengharapkan keampunan dan rahmatMu...

.................................................................................................................................................

titt...titt...kedengaran handphone ana berbunyi menandakan mesej masuk..

berat sungguh kali ini ana hendak mencapai handphone yang terletak di atas meja.

namun ana gagahi jua...

di skrin handphone ana tertera nama yang sangat ana tunggu-tunggu kehadirannya..

iya...seorang insan yang ana sangat rindu mendengar suaranya kerana setiap bait kata-katanya penuh dengan tarbiah yang membawa hati ana tenang mengingati cinta yang SATU...

iaitu seorang sahabat, kakak,dan pejuang yang tidak jemu memberikan kata-kata semangat dalam melayari jatuh bangun kehidupan.

ana terus membaca mesejnya....

"kita seringkali meminta pada pencipta dengan pelbagai hajat,

waktu itu kita menangis, merintih, dan berharap sangat-sangat...

bila Allah kabulkan, kita lupa padaNya, kita lalai, kita ego, angkuh dan takabbur hinggalah

nikmat itu ditarik sekelip mata,

kita mula melangkah kembali sujud disejadah,

kala itu tanpa kita sedari, air mata kita berderai...

muhasabahlah diri sentiasa dengan qiamulail,

sebenarnya nikmat Allah pada hambaNya terlalu banyak

cuma kita yang tak sedar,

kerana manusia itu selalu lupa...

selagi pintu TAUBAT masih terbuka,

ayuh sama-sama kita melangkah untuk mengecapi redha illahi...

sedarlah,Allah adalah segalanya,

padanya ada KASIH SETIA dan CINTA YANG SUCI LAGI ABADI...

kita doakan pada Allah supaya ditetapkan hati pada jalanNya."

masyaAllah...terima kasih kak aini....

sungguh bermakna mesejmu....

teringat ana kepada kuliah maghrib tadi, bertajuk 'Tazkiyatun Nafs' yang disampaikan oleh YDP BADAM. beliau membicarakan tentang 'taubat'... iya...'taubat'....

ana tertarik dengan kata-katanya ' berikan 90% cinta dan sayang kita kepada Allah danselebihnya 10% lagi barulah diberikan kepada manusia...' dan ' janganlah kita mempermain-mainkan taubat kepada Allah kerana kelak Allah akan mempermain-mainkan kita' macam tulah rasanya bunyi ayatnya...al maklumlah ana tak catit...tapi InsyaAllah setiap nasihat dan input-input yang berguna ana masih ingat dan akan berusaha untuk mengamal dan menyampaikannya.

seringkali manusia tersilap perhitungan...mereka menganggap dan berkata

'ala...masa muda ni untuk enjoy semahu-mahunya, dah tua nanti taubatlah...'

seolah-olah mereka mengetahui jangka hayat hidupnya... padahal sudah banyak peringatan yang Allah tunjukkan, ramai mat rempit menemui kematian ditengah jalan, gempa bumi dan tsunami yang meragut nyawa tidak mengira umur, darjat dan keturunan....masihkah kita ingat??

Ya Allah...kembalikan hati-hati kami agar merindu dan mencintaiMu...

tatkala bacaan doa robithah dibacakan...terasa syahdunya menghayati makna disebaliknya...

"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniNya yang tidak kunjung malap. lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan kerinduan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu...maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agagamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."

salam mujahadah...

Waallahualam,

1 comment:

  1. semoga diberikn kekuatn dlm mndepani segala mehnah n tribulasi pd msa kni dan msa hdapn.. (^_^)

    ReplyDelete