Wednesday, November 2, 2011

Title 'Pelajar Sekolah Agama'..?


Assalamualaikum sahabat2 sekalian, ana ingin kongsikan sedikit pembacaan ana daripada blog tinta permata. semoga sama-sama mendapat manfaat daripadanya..InsyaAllah=) 


Title 'Pelajar Sekolah Agama'..?




-gambar hiasan-


"Budak sekolah agama dah macam bukan budak sekolah agama!", luahan seorang adik kepadaku.

Terasa juga genjatannya, namun riak wajahku seolah tenang, kerana ini bukan pertama kali statement yang masuk ke gegendang telingaku.

"Kenapa kamu cakap macam tu?", tanyaku, mencari asbab(sebab-sebab) dan kepastian menurut pandangannya.

"Ye lah kak.. Sebab aku pun pernah sekolah agama jugak dulu waktu Form 1 sampai Form 2, pastu tak tahan, aku keluar.Rules dia macam-macam, kena kancing lengan baju la, pakai stokin la, tudung labuh paras siku la, kasut B.U.M. yang aku baru beli dulu pun, pengawas tak bagi pakai. Dah la beli mahal-mahal. Memang tak tahan r..", ada nada ketidakpuashatian melalui suaranya.

Aku terus mendengar.

-gambar hiasan-

"Dah tu, diorang-diorang yang tudung labuh sampai bawah punggung, jalan tunduk penuh wara', nak dengar diorang ketawa pun payah, tup-tup, aku jumpa dia kat shopping complex baru ni, pakaian bukan main ketat, sendat, tudung pun kalah aku, macam pakai scarf je!", luahnya dalam satu nafas.

"Gambar-gambar kat facebook tak yah cakap r kan.. Lagi meluat aku tengok. Bergambar dengan balak, peluk-peluk, macam nak cium dah ha! Dulu bukan main lagi, "Sahabat-sahabat, kita orang-orang yang punyai agama dan iman dalam diri perlu istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah. Jauhi perkara-perkara maksiat, dan jangan sesekali ber'couple' kerana ia potensi besar untuk kita terjerumus ke kancah zina..". Hooo..sori la beb..cakap tak serupa bikin betul.", sempat dia melakonkan watak orang yang dia maksudkan.

Aku mengetip bibir, tanganku memangku dagu. Masih menghayati bait-bait kekesalan dalam setiap kata-katanya, sambil memikirkan apa jawapan yang perlu aku berikan.

"Susah dah nak jumpa kawan-kawan aku dulu yang betul-betul konsisten sekarang. Lepas keluar sekolah tu, aku ada jugakfollow-up cerita member-member kat sana. Kata kawan-kawan aku, kebanyakan yang berlagak alim waktu sekolah dulu, semua tak menjadi. Aku ni walaupun takde la alim sangat, tapiat least aku tahu jugak apa yang patut dan apa yang tak patut.", nadanya sedikit menurun.

Diam seketika. Mungkin tiba masanya dia memberi ruang padaku untuk bersuara.

"Erm.. Agak-agak la kan, kalau kamu berada di tempat dia, dan dia berada di tempat kamu, apa yang kamu mahukan dari dia untuk kebaikan kamu?", sengaja saya lontarkan soalan ini, walaupun saya tak pasti soalan jenis apa ni..

Dia diam seribu bahasa, mencari jawapan barangkali.

"Tegur aku.", jawabnya ringkas.

Kepalanya tunduk ke bawah. Dia sudah cuba mula memahami maksudku.

"Lagi?", soalku lagi.

"Erm.. selalu ingatkan aku, bimbing aku, doakan aku.."

"Tapi kak, aku ni bukannya baik pun nak bimbing-bimbing orang ni..", sambungnya lagi.

"Akak pun bukan baik orangnya. Erm.. Awak pernah tegur perbuatan dia yang awak tak suka tu?", tanya saya.

"Aku ada jugak tegur-tegur dia camtu, tapi by PM kat FB. Tapi hampeh, dia tak balas pun."

"Pernah jumpa dia?"

"Reunion raya tahun lepas."

"Emm.. Dik, iman manusia bukan seperti malaikat yang sentiasa'maintain', iman kita bukan seperti Nabi dan Rasul yang sentiasa meningkat, iman kita sebagai manusia, ada naik, ada turunnya. Mungkin di kala ini, iman akak sedang menurun, mungkin juga ketika ini, iman kamu sedang menaik. Wallahu a'lam.", dia seolah-olah tersentak, saya malas untuk meneka mengapa.

"Akak mengerti apa yang kamu rasai. Itu tandanya kamu masih punya iman dan kesedaran akan perubahan yang melanda kawan-kawan kamu tu. Allah telah campakkan rasa benci pada hati kamu akan perbuatan mereka, namun kita jangan sekali-kali membenci mereka. Akak bukannya membela mereka, cuma akak nak nyatakan di sini, kita punya ada hak dan tanggungjawab masing-masing. Hak dan tanggungjawab dia adalah untuk mempraktikkan hal-hal agama yang dia tahu dan faham selama ni. Dan hak serta tanggungjawab kamu adalah menegur dia sebagai seorang Muslim kepada saudara seIslam yang lain, meskipun kita tidaklah punya kesempurnaan untuk menegur kesilapan orang, namun apa yang diperkatakan barangkali membuka hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik."

"Mungkin saat ini dia terjatuh di bawah godaan syaitan, mungkin juga sebentar lagi hatinya terbuka semula untuk kembali pada dirinya yang asal. Kita, mungkin saja saat ini, kita hebat perkatakan hukum-hakam dan sebagainya, walhal kita tidak tahu apakah kita mampu teguh tunduk pada jalan hidup sebenar sebagai seorang yang mengaku Islam pada masa akan datang. Hati ini milik Allah, maka pintalah padaNya agar Dia menjaga hati dan iman kita agar tegar dalam mentaati suruhanNya, dan meninggalkan laranganNya."

"Serulah diri adik dan rakan-rakan agar kembali pada fitrah manusia dalam hidup berTuhan. Seringkali kita ingat padaNya tika kita susah sahaja, namun bila nikmat kesenangan membaluti hidup kita, langsung kita tidak endah akanNya. Ingatlah, di dalam Surah Az-Zumar ayat 53, Allah Taala ada memberi surat cinta pada kita bahasawanya, 

"Katakanlah : Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."
Kolam matanya sudah mula bertakung dengan jernih-jernih mutiara. Aku menarik nafas, bimbang kata-kataku ada mengguris hatinya.

"Mereka bukan tidak tahu, cuma mereka buat-buat tak tahu, dan barangkali mereka terlalai dari yang haq. Usah jemu mengajak mereka kembali ke arah kebaikan. Dalam masa yang sama, kita iringi dengan transformasi diri supaya lebih terasa dekat dengan Tuhan."

"Sekarang ni, pelajar sekolah agama bukan lagi satu persoalan. Tidak kira sama ada dia merupakan pelajar sekolah agama atau tidak, aliran sains atau sastera, kita punya pegangan yang mesti kita ikuti, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kehidupan beragama itu perlu mengalir dalam darah setiap manusia yang mengaku beriman pada Allah Taala dan RasulNya. Di akhirat nanti, bukanlah title 'pelajar sekolah agama' yang akan dibentangkan, tapi sejauh mana tuntutan agama yang kita amalkan." 

Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering.

Panggilan dari ibuku. Katanya mahu aku pulang segera ke rumah, kerana ada saudara-mara dari Kelantan yang bakal bertandang.

Lantas, aku meminta izin dari adik tersebut untuk mengundur diri.

"Sudah lah. Kesat air matamu, bengkak pula mata tu. Nanti orang laki kata tak 'thiqah'..", usikku.

"Thiqah? How do you know that word?", matanya membulat.

Aku bingkas bangun dari tempat dudukku.

"Akak pun budak sekolah agama..

macam kamu..", ku ukirkan senyuman buatnya.

Aku berjabat tangan dengannya, lalu memeluknya dengan penuh kasih sayang. Ku bisikkan di telinganya,

"Jangan lupa istighfar, dik. Bimbang pahala kita berkurang kerana membuka aibnya." 

Dan aku berlalu pergi..


~ Aslih Nafsak Wad'u Ghairak ~
by: Tinta Permata

...............................................................................................................
semoga perkongsian ini dapat menjentik iman kita utk memuhasabah diri...
salam imtihan buat sahabat semua, selamat menghadapi peperiksaan buat sahabat IPG sekalian. 
Waallahu'alam.

Friday, October 28, 2011

HIMPUN & KARNIVAL ILMU ANAK MUDA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji Bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, seluruh ahli keluarga baginda dan sekalian para sahabat baginda.

Sama-samalah kita perbaharui syahadah

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH

Alhamdulillah, baru-baru ini ana berkesempatan pergi ke HIMPUN dan Karnival Ilmu Anak Muda pada 22 Oktober 2011 di Stadium Malawati Shah Alam bersama saudara dan adik beradik perempuan. Tujuannya untuk sama-sama menyokong dan membuktikan bahawa generasi muda amat prihatin kepada isu aqidah islam dan masa depan tanah air kita. Walaupun ia bukanlah sebagai penyelesai masalah akidah umat Islam Malaysia dengan hanya berhimpun selama 2 jam itu. Ini kerana anak muda lah bakal menjadi pemimpin yang dapat menggubal undang-undang enakmen akidah bagi membendung gejala murtad.

Kehadiran ana dalam program HIMPUN ini bukanlah atas nama sesuatu NGO atau jamaah atau parti politik tapi sebagai seorang muslim yang ingin menyatakan sokongan terhadap program islam seumpama ini sebagai tanda sensitiviti kita terhadap isu akidah. Pengalaman berada dalam Himpunan sejuta umat di Stadium Malawati tersebut membuka peluang kepada ana untuk memerhati dan bersama-sama menyokong usaha murni pihak penganjur. Apa yang menarik perhatian ana adalah non-muslim juga hadir dalam HIMPUN tersebut walaupun tidak sampai sejuta umat yang hadir.

Suara saudara Badrul Sani sebagai pengacara majlis yang lantang melontarkan suara bagi menaikkan semangat para hadirin yang hadir mampu menghidupkan majlis tersebut. Tambahan lagi apabila pemidato-pemidato berbicara lantang menyuarakan berkaitan isu murtad di Malaysia membuka minda para hadirin yang hadir.

Tidak sangka pula, ustaz Mohd Farhan Abdullah yang merupakan mantan paderi kristian di Sabah yang bersama-sama ana ketika program dakwah di Sabah pada tahun 2009 muncul sebagai salah seorang pemidato pada hari itu dengan mendedahkan bagaimana cara atau strategi kristian memurtadkan orang-orang islam dan masyarakat Sabah dan Sarawak kerana beliau sendiri pernah memurtadkan orang islam ketika beliau menjadi paderi sebelum memeluk islam. Namun kini, beliau telah mengislam ramai non-muslim terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Berbicara soal isu murtad ini, ana teringat satu peristiwa ketika mana ana dan sepupu ana pergi ke tandas semasa program HIMPUN sedang berlangsung. Cari punya cari….tandas yang kami jumpa hujung sekali jauh dari kawasan orang awam. Semasa ana masuk ke tandas tersebut ana ternampak seorang wanita sedang memegang risalah yang mempunyai tanda salib yang besar berwarna kuning. Mula-mula tu ana merasa pelik dan perasaan ingin tahu tu semakin membuak-buak, tiba-tiba ana ternampak banyak sangat risalah yang bertanda salib tu diletakkan di tandas tersebut. Ana dan sepupu ana cepat-cepat tengok risalah tersebut dan membaca ayat-ayat di belakangnya. Antara ayat-ayat tersebut berbaur memerli ahli politik parti pembangkang dan sultan. Apabila ana selak risalah tersebut ia seolah-olah ingin mendedahkan tentang strategi orang kristian untuk memurtadkan orang-orang islam dan dalang disebaliknya. Namun, belum sempat ana dan sepupu ana membacanya dengan detail, dua orang urusetia program HIMPUN datang dan mengutip semua risalah tersebut.

Dalam fikiran ana siapakah yang membuat risalah tersebut? Hm..WaAllahualam. Namun, risalah tersebut tidak diedarkan kepada para hadirin yang hadir. Mungkin itu adalah satu usaha pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin memburukkan imej HIMPUN tersebut.

Walau bagaimanapun, program HIMPUN tersebut berjalan dengan lancar.
‘Marilah lapangkan dada anda, hentikan prasangka, mari kita sama-sama keluar dari kemelut umat yang membelenggu kita dan kita melangkah seiringan untuk menegakkan agama islam tercinta. Apalah erti kita bersengketa sambil melebarkan senyuman golongan penentang islam.’ Itulah bait-bait ayat yang ana terkesan mendengarnya.

Teringat ana pada beberapa petikan ayat dari buku At-Tibyan dalam mentafsir Al-Quran ‘SURAH AS SAFF’ tulisan Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang.

“Kita telah menyatakan bahawa tugas gerakan islam adalah tugas para Anbiya’ dan Mursalin, atau dengan perkataan lain tugas gerakan islam hari ini adalah menyambung risalah Nabi Muhammad s.a.w yang di antara lainnya ialah menyatukan umat manusia di bawah panji-panji La ilaha illallah.

Soalnya sekarang ini, bagaimana jamaah islam itu hendak menjalankan tugasnya sedang ia sendiri menghadapi masalah, iaitu masalah berbilangnya jamaah islam. Apakah jamaah-jamaah itu tidak dapat disatukan? Mungkin dengan senang hati kita nyatakan tentunya boleh disatukan dengan syarat, jika semua pihak menginsafi keadaan yang ada dan bersedia untuk kembali ke pangkal jalan.

Kita kembali ke pangkal jalan dengan ertikata bahawa setiap perkumpulan atau jamaah yang ditubuhkan atas dasar tidak puashati terhadap jamaah yang sedia ada, bersedia kembali kepada jamaah asalnya dan sama-sama membetulkan sesuatu yang ia rasa tidak puas hati itu.”


Banyak lagi pengalaman yang ana ingin kongsikan namun cukuplah sekadar ini sahaja dahulu, semoga perkongsian yang sedikit ini mampu membuka minda kita dan sama-sama fikirkan. 
Yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari diri ana sendiri.

Waallahu’alam. 



Wednesday, October 26, 2011

:SAAT ITU:




Barakallahulakuma
Khas buat abangku Mohamad Nasuha dan Kak illa (^__^)
Maaf kerana tidak dapat hadir di hari bersejarah kalian kerana terlibat camping uniform…
Semoga bahagia dunia akhirat.Amin..
:Saat itu:
Sahabat-sahabatku sering bertanya bilakah saya ingin menikah. Jawapan saya mudah.

Jawapan terbaik tentang perkahwinan

Kenapa lambat?=Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku
Dah berpunya?=Ya.. kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing² dan Saya adalah kepunyaan Allah selamanya...
Siapa?=Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku
Bila?=Bila kami dah dipertemukan.. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti..

Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kahwin kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah. =)

perkahwinan adalah satu ibadah...jadi betulkan niat dan perspektif kita dahulu terhadap maqasid perkahwinan sebelum ingin melangkah ke alam perkahwinan. 
setiap orang pasti akan diuji, stage pertunangan...pernikahan... tapi ingatlah Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita~ 

Allahlah perancang terHEBAT.=)

Ya Allah, peliharalah HATI ini... akanku serah cinta ini bukan lagi pada manusia, kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan.
Hanya padaMu kuserahkan CINTA ini.





p/s: kepada sahabat2ku kalian semua dijemput datang ke kenduri kahwin abang dan kakak saya 3 disember ini di Puchong(^_^)