Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala
Puji Bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, seluruh
ahli keluarga baginda dan sekalian para sahabat baginda.
Sama-samalah
kita perbaharui syahadah
AKU BERSAKSI BAHAWA
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH
Alhamdulillah, baru-baru ini ana
berkesempatan pergi ke HIMPUN dan Karnival Ilmu Anak Muda pada 22 Oktober 2011
di Stadium Malawati Shah Alam bersama saudara dan adik beradik perempuan. Tujuannya
untuk sama-sama menyokong dan membuktikan bahawa generasi muda amat prihatin
kepada isu aqidah islam dan masa depan tanah air kita. Walaupun ia bukanlah sebagai penyelesai masalah akidah umat
Islam Malaysia dengan hanya berhimpun selama 2 jam itu. Ini kerana anak muda
lah bakal menjadi pemimpin yang dapat menggubal undang-undang enakmen akidah
bagi membendung gejala murtad.
Kehadiran ana dalam program HIMPUN ini
bukanlah atas nama sesuatu NGO atau jamaah atau parti politik tapi sebagai
seorang muslim yang ingin menyatakan sokongan terhadap program islam seumpama
ini sebagai tanda sensitiviti kita terhadap isu akidah. Pengalaman berada dalam
Himpunan sejuta umat di Stadium Malawati tersebut membuka peluang kepada ana
untuk memerhati dan bersama-sama menyokong usaha murni pihak penganjur. Apa yang
menarik perhatian ana adalah non-muslim juga hadir dalam HIMPUN tersebut
walaupun tidak sampai sejuta umat yang hadir.
Suara saudara Badrul Sani sebagai
pengacara majlis yang lantang melontarkan suara bagi menaikkan semangat para
hadirin yang hadir mampu menghidupkan majlis tersebut. Tambahan lagi apabila
pemidato-pemidato berbicara lantang menyuarakan berkaitan isu murtad di
Malaysia membuka minda para hadirin yang hadir.
Tidak sangka pula, ustaz Mohd Farhan
Abdullah yang merupakan mantan paderi kristian di Sabah yang bersama-sama ana
ketika program dakwah di Sabah pada tahun 2009 muncul sebagai salah seorang
pemidato pada hari itu dengan mendedahkan bagaimana cara atau strategi kristian
memurtadkan orang-orang islam dan masyarakat Sabah dan Sarawak kerana beliau sendiri
pernah memurtadkan orang islam ketika beliau menjadi paderi sebelum memeluk
islam. Namun kini, beliau telah mengislam ramai non-muslim terutamanya di Sabah
dan Sarawak.
Berbicara soal isu murtad ini, ana
teringat satu peristiwa ketika mana ana dan sepupu ana pergi ke tandas semasa
program HIMPUN sedang berlangsung. Cari punya cari….tandas yang kami jumpa
hujung sekali jauh dari kawasan orang awam. Semasa ana masuk ke tandas tersebut
ana ternampak seorang wanita sedang memegang risalah yang mempunyai tanda salib
yang besar berwarna kuning. Mula-mula tu ana merasa pelik dan perasaan ingin
tahu tu semakin membuak-buak, tiba-tiba ana ternampak banyak sangat risalah
yang bertanda salib tu diletakkan di tandas tersebut. Ana dan sepupu ana
cepat-cepat tengok risalah tersebut dan membaca ayat-ayat di belakangnya. Antara
ayat-ayat tersebut berbaur memerli ahli politik parti pembangkang dan sultan. Apabila
ana selak risalah tersebut ia seolah-olah ingin mendedahkan tentang strategi
orang kristian untuk memurtadkan orang-orang islam dan dalang disebaliknya. Namun,
belum sempat ana dan sepupu ana membacanya dengan detail, dua orang urusetia
program HIMPUN datang dan mengutip semua risalah tersebut.
Dalam fikiran ana siapakah yang
membuat risalah tersebut? Hm..WaAllahualam. Namun, risalah tersebut tidak
diedarkan kepada para hadirin yang hadir. Mungkin itu adalah satu usaha pihak
yang tidak bertanggungjawab yang ingin memburukkan imej HIMPUN tersebut.
Walau bagaimanapun, program HIMPUN
tersebut berjalan dengan lancar.
‘Marilah lapangkan dada anda, hentikan
prasangka, mari kita sama-sama keluar dari kemelut umat yang membelenggu kita
dan kita melangkah seiringan untuk menegakkan agama islam tercinta. Apalah erti
kita bersengketa sambil melebarkan senyuman golongan penentang islam.’ Itulah bait-bait
ayat yang ana terkesan mendengarnya.
Teringat ana pada beberapa petikan
ayat dari buku At-Tibyan dalam mentafsir Al-Quran ‘SURAH AS SAFF’ tulisan Tuan
Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang.
“Kita telah menyatakan bahawa tugas
gerakan islam adalah tugas para Anbiya’ dan Mursalin, atau dengan perkataan
lain tugas gerakan islam hari ini adalah menyambung risalah Nabi Muhammad s.a.w
yang di antara lainnya ialah menyatukan umat manusia di bawah panji-panji La
ilaha illallah.
Soalnya sekarang ini, bagaimana jamaah
islam itu hendak menjalankan tugasnya sedang ia sendiri menghadapi masalah,
iaitu masalah berbilangnya jamaah islam. Apakah jamaah-jamaah itu tidak dapat
disatukan? Mungkin dengan senang hati kita nyatakan tentunya boleh disatukan
dengan syarat, jika semua pihak menginsafi keadaan yang ada dan bersedia untuk
kembali ke pangkal jalan.
Kita kembali ke pangkal jalan dengan
ertikata bahawa setiap perkumpulan atau jamaah yang ditubuhkan atas dasar tidak
puashati terhadap jamaah yang sedia ada, bersedia kembali kepada jamaah asalnya
dan sama-sama membetulkan sesuatu yang ia rasa tidak puas hati itu.”
Banyak lagi pengalaman yang ana ingin
kongsikan namun cukuplah sekadar ini sahaja dahulu, semoga perkongsian yang
sedikit ini mampu membuka minda kita dan sama-sama fikirkan.
Yang baik itu datangnya
dari Allah, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari diri ana sendiri.
Waallahu’alam.
No comments:
Post a Comment