Sunday, August 23, 2009

jangan pernah mengeluh


Assalamualaikum w.b.t
Sedikit coretan buat sahabat yang sedang menghadapi masalah…sesungguhnya masalah itu adalah ujian Allah untuk melihat tahap keimanan hambaNya … jangan pernah mengeluh… ujian adalah tarbiyah dari Allah…bersabarlah…….
Waallahualam,
“Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...” Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani=)
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK…SAMA-SAMALAH KITA MENGHIDUPKAN BULAN RAMADHAN DENGAN PERBANYAKKAN AMAL IBADAH BUKANNYA PERBANYAKKAN JUADAH…MUDAH-MUDAHAN KITA TERPILIH OLEH ALLAH UNTUK BERJUMPA DENGAN MALAM LAILATULQADAR…INSYAALLAH.

Monday, July 20, 2009

nak masuk kumpulan mana?


Kumpulan apa pula ni? Mesti itu pertanyaan pertama apabila membaca tajuk penulisan saya kali ini kan?

Sebenarnya saya ingin menulis sesuatu yang dapat mengingatkan saya dan sahabat-sahabat semua tentang MATI, AKHIRAT, dan AZAB API NERAKA…. saya membelek-belek buku ‘Pesanan untuk Orang Berdosa’ tulisan Dr.’Aidh bin Abdullah Al-Qarni dan ‘Malam Pertama di Syurga’ tulisan Adil Akhyar. Dua buku yang berbeza iaitu satu buku yang mengingatkan kita tentang azab Allah dan nikmat Allah. Namun, kedua-dua buku ini bisa mengingatkan kita tentang akhirat.. InsyaAllah….

Saya menyemak semula helaian muka surat yang telah dibaca, mencari-cari tajuk yang sesuai untuk dikongsikan bersama sahabat. Saya membuka helaian muka surat yang ditanda dengan bungkusan coklat Cadbury yang telah dihadiahkan oleh sahabat saya. Alhamdulillah saya mendapat idea untuk menulis sesuatu tentang “ umat nabi Muhammad diseru meniti sirat”.
……………………………………………………………….
Panjang titian sirat sejauh 500tahun perjalanan...
Allah Ta’ala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan dilintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500tahun perjalanan.”

Cuba kita bayangkan…untuk hidup selama 20 tahun pun kita sudah merasakan cukup lama dan macam-macam rintangan yang kita hadapi. Inikan pula sejauh 500tahun…. Bagaimankah kita hendak meniti titian Sirat itu??

Bertuahlah umat nabi Muhammad….


Nabi Muhammad bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Ta’ala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad.umat nabi Muhammad telah dipecahkan kepada 10 kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
*Ya Allah! Hayatilah kasih sayang Nabi Muhammad kepada kita… tanamkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad…

Nak masuk kumpulan yang mana satu???

Kumpulan 1: Berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.

Kmpln 2: melintasi seperti angin yang kencang.

Kmpln 3: melintasi seperti kuda yang baik.

Kmpln 4: seperti burung yang pantas.

Kmpln 5: berlari.

Kmpln 6: berjalan.

Kmpln 7: berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad berhenti di Sirat. Setiap kai baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Kmpln 8: menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak dosa. Ya Allah! Sakitttnya!... bagi yang buruk mereka akan menyebut: “wahai Muhammad!” nabi Muhammad berkata: “Tuhanku! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!” sedangkan di dunia kita lalai dan leka serta tidak mengikuti ajaran Rasullah..kita tetap degil….

Kmpln 9 dan 10: tertinggal di atas Sirat, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu,
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini,
Ya Allah…Kau Maha Pengasih,


Ya Allah…cukupkah bekalan kita untuk ke syurga??? Kumpulan manakah kita diletakkan??? Apakah jawapan kita tika ditanya oleh Allah tentang sumbangan kita kepada agama islam?? Sama-sama kita bermuhasabah diri…beristighfar….semoga kita mendapat syafaat oleh rasulullah dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

waAllahualam…
salam ukhwah

Sunday, July 12, 2009

Apakah kebahagiaan itu?

Seseorang bertanya kepada doktor: “ Apakah kebahagiaan itu?”
Doktor menjawab: “ Badan yang sihat”

Seseorang bertanya kepada ahli hikmah: “ Apakah kebahagiaan itu?”
“kesihatan di dunia dan ampunan di akhirat.” Jawabnya.

Dalam kitab Musnad ahmad disebutkan bahawa al-Abbas mendatangi Rasulullah dan berkata: “wahai rasulullah, ajari aku doa, yang akan selalu aku baca.” Rasulullah berkata “mohonlah kesihatan dan ampunan.” al-Abbas kemudian mendatangi Rasulullah untuk yang kedua kalinya dan berkata: wahai Rasulullah, ajari aku satu doa yang akan aku baca.”

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Wahai Abbas, wahai pakcik Rasulullah, mintalah kepada Allah kesihatan di dunia dan ampunan di akhirat.” (HR Ahmad dan Tarmizi).
Orang yang sakit tidak akan merasa tenteram, bahagia atau nyaman. Orang yang memiliki harta melimpah ruah, kemudian dia jatuh sakit. Dia tidak dapat menikmati manisnya harta itu.

Nikmat kesihatan itu di dunia, sedangkan nikmat keampunan itu di akhirat, dan kedua-duanya adalah sama sumber kebahagian.
Namun, ramai yang mengabaikan kesihatan dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan belajar..padahal kesihatan adalah aset penting bagi setiap individu. Kesihatan fizikal dan mental amat penting terutamanya bagi setiap muslim untuk melaksanakan ibadat.


Adakah ibadah kita khusyuk jika sakit? Kita memerlukan tenaga untuk bangun beribadat dan melakukan amal makruf nahi mungkar… jadi, berusahalah untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin..sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya… Waallahhualam

Friday, July 10, 2009

WASIAT



Aku berwasiat kepadamu agar lebih tekun terhadap pekerjaan, dan tidak tunduk pada kelemahan hati, kemalasan, dan menyerah kepada kekosongan.

Tapi bangunlah! Perbaikilah segalanya… tunaikanlah tugasmu, solatlah, bacalah kitab Allah, buku yang bermanfaat, duduklah bersama jiran tetanggamu, rakan-rakanmu, dan bersembanglah bersama mereka atas perkara yang dapat mendekatkan diri kepada ALLAH. Pada saat itu engkau akan merasakan kebahagiaan, kelapangan dan kegembiraan.
Hendaklah engkau menjaga penampilanmu, kecantikan anggota badanmu, wewangian dalam rumah, dan akhlak yang mulia yang engkau kenakan untuk menemui suami,anak-anak,saudara-mara dan rakan-rakan wanitamu dengan senyuman yang ikhlas dan bertolak ansur…

Aku peringatkan engkau agar menjauhi perbuatan maksiat kerana sesungguhnya ia adalah penyebab kesedihan. Khasnya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan wanita, seperti melihat sesuatu yang haramkan, menampakkan kecantikan, berkhalwat dengan orang yang bukan mahram, menyumpah dan membuat fitnah, mengingkari hak-hak suami dan tidak mengakui kebaikannya.

Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh kaum wanita kecuali mereka yang mendapatkan rahmat dari Allah. Takutlah engkau akan murka Allah. Dan bertaqwalah kepadaNya,kerana taqwa adalah jaminan kebahagiaanmu dan keredaan-Nya atas ketulusan hatimu.
Waallahhualam,

salam Ukhwahfillah...

Monday, July 6, 2009

sebab-sebab hati menyimpang.


1. jiwa kotor
2. Menuruti hawa nafsu
3. Membiarkan waktu kosong.
4. Lalai dan tidak menggunakan akal.
5. Berkawan dengan orang jahat
6. Panjang angan-angan.
7. Terlalu mengikut perasaan.
8. Terdedah kepada perosak iman.

*marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan berusaha untuk perbaiki kelemahan diri masing-masing kerana setiap manusia tidak akan dapat lari daripada melakukan kesalahan. janganlah kita bermusuh-musuhan sesama muslim...Belajarlah memaafkan kerana sedangkan nabi ampunkan umat dan Allah mengampunkan hamba-Nya inikan kita hanya manusia biasa.....Berusahalah perbaiki hubungan kita sesama manusia dan hubungan kita dengan Allah....Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman...Renungkan.

Thursday, June 18, 2009

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains


Bismillaahirrahmaanirrahiim...

segala puji bagi Allah swt, saya panjatkan pujian kepada-Nya. saya mohon pertolongan, ampunan dan perlindungan-Nya dari segala kejahatan yang timbul pada setiap saat, dan dari segala keburukan dalam perbuatan kita.

barangsiapa yang diberi hidayah oleh Allah, tentu tidak akan ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak akan ada yang dapat memberi hidayah.
...................................................................................
untuk meneguhkan di antara iman dengan amal yang soleh dan untuk menjaga jiwa raga supaya tidak ditimpa sakit, maka agama islam memberi tuntutan yang terang iaitu dengan beribadat. pokok pangkal segala ibadat itu ialah 'sembahyang'.

janganlah kita menyangka bahawa ibadat ajaran islam itu hanya semata-mata upacara yang beku,kaku, dan matiii...menyembah-nyembah, duduk tegak, rukuk dan sujud dalam suasana yang kosong. segala syarat agama islam hendaklah tegak di atas kesedaran rasa dan akal.

dalam Al-Quran dan hadis, sentiasa dikatakan:

"mendirikan sembahyang"

di sini saya ingin berkongsi pengetahuan berkenaan logiknya solat dalam sudut sains..
mungkin ada yang sudah sedia maklum dan mungkin juga ada yang belum tahu.

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang
berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.

Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan
sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
......................................................................................................................

hanya sebagai renungan bersama bersama, mudah-mudahan setelah membacanya dapat mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah, bahawa tiada kuasa yang lebih agung selain Allah. sama-sama kita perbaiki solat kita supaya dapat dijiwai dengan khusyuk dan ikhlas. waallahualam..

Monday, June 15, 2009

bersabar..bersabar..bersabar.........


assalamualaikum...
Alhamdulillah....setelah hampir sebulan blog ini xboleh sign in,akhirnya baru sekarang dpt sign in,,mujurlah saya masih tidak putus asa untuk menulis blog lagi.byk perkara yg saya ingin kongsikan bersama sepanjang tidak dpt menulis blog ini,,,

untuk sign in ini pun menguji kesabaran saya...
mungkin Allah ingin menguji kesungguhan saya untuk menulis blog...

kalau sahabat2 nk tahu blog ini ditubuhkan ketika usrah bersama sahabat2 di maktab bersama kak hanisah wan hassan sebagai naqibah yag kami sayangi..sebagai satu alternatif baru untuk menyampaikan dakwah...pesan kak hanisah pada kami supaya istiqomah dlm menulis blog ini..

memang niat saya masa mula2 membuat blog ini untuk menyampaikan maklumat dan ilmu..walaupun sedikit...mungkin dengan sedikit ilmu ini saya dpt memberikan sesuatu pada seseorang. mungkin Allah ingin menguji sejauh mana kesungguhan saya untuk berdakwah...
.......................................................................................

tentu semua pembaca tertanya2 kenapa saya tulis tajuk "sabar...sabar..sabar...."
saya ingin mengingatkan sahabat2 dan diri saya sendiri supaya BERSABAR...BERSABAR dan tetap bersabar...kita tanam dalam diri kita supaya meletakkan sabar itu tanpa hadnya..

sesungguhnya SABAR itu separuh daripada iman...

Bersabarlah.....balaslah kejahatn dengan kebaikan...mudah-mudahan kita mendapat hikmahnya....

Bersabarlah menghadapi dugaan hidup ini.... bukan semua orang sukakan kita, dan bukan semua orang tak sukakan kita....

"jangan jadi orang tidak sabar,
terus bersabar tetapkan bersabar,
sabar itu sebahagian iman,
jadikan ia satu amalan...

Awan tidak sentiasa mendung,
langit yang cerah pasti akan datang,
ombak tidak sentiasa menggulung,
menghempas bahtera di laut,
kadang kala tenang...
mendamaikan hati yang rawan.

kata pujangga
orang yang bersabar
umpama sang pahlawan
gagah berani,dia digeruni
berkorban rela mati..."

"sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh apa yang engkau sukai melainkan dengan kesabaranmu atas apa yang telah engkau sukai" NABI ISA A.S