Sunday, July 12, 2009

Apakah kebahagiaan itu?

Seseorang bertanya kepada doktor: “ Apakah kebahagiaan itu?”
Doktor menjawab: “ Badan yang sihat”

Seseorang bertanya kepada ahli hikmah: “ Apakah kebahagiaan itu?”
“kesihatan di dunia dan ampunan di akhirat.” Jawabnya.

Dalam kitab Musnad ahmad disebutkan bahawa al-Abbas mendatangi Rasulullah dan berkata: “wahai rasulullah, ajari aku doa, yang akan selalu aku baca.” Rasulullah berkata “mohonlah kesihatan dan ampunan.” al-Abbas kemudian mendatangi Rasulullah untuk yang kedua kalinya dan berkata: wahai Rasulullah, ajari aku satu doa yang akan aku baca.”

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Wahai Abbas, wahai pakcik Rasulullah, mintalah kepada Allah kesihatan di dunia dan ampunan di akhirat.” (HR Ahmad dan Tarmizi).
Orang yang sakit tidak akan merasa tenteram, bahagia atau nyaman. Orang yang memiliki harta melimpah ruah, kemudian dia jatuh sakit. Dia tidak dapat menikmati manisnya harta itu.

Nikmat kesihatan itu di dunia, sedangkan nikmat keampunan itu di akhirat, dan kedua-duanya adalah sama sumber kebahagian.
Namun, ramai yang mengabaikan kesihatan dek kerana terlalu sibuk dengan kerja dan belajar..padahal kesihatan adalah aset penting bagi setiap individu. Kesihatan fizikal dan mental amat penting terutamanya bagi setiap muslim untuk melaksanakan ibadat.


Adakah ibadah kita khusyuk jika sakit? Kita memerlukan tenaga untuk bangun beribadat dan melakukan amal makruf nahi mungkar… jadi, berusahalah untuk menjaga kesihatan sebaik mungkin..sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya… Waallahhualam

No comments:

Post a Comment