Usrah Dan Kepentingannya Dalam Jamaah
MUQADIMAH
Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan
dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah
adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di
atas semangat ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan
perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.
Penekanan terhadap unsure-unsur yang akan melahirkan
peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai system yang
syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat
juang dan ketahanan secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan
bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan
‘amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir)
walaupun kepentingannya tidak boleh kita nafikan.
Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan
satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang
tidak disusun rapi akan diatasi oleh kebatilan yang kemas. Justeru, organisasi
usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya
akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.
PENTADBIRAN USRAH
Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya
diatur rapid an kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan
ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks
sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah,
ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.
Usrah mempunyai cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah
yang lain diantara cirri-citi tersebut ialah:
1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah
yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan mengakibatkan
kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.
2. Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut,
mahupun pekerja.
3. Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua
sudut.
4. Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’
manupun ahli.
5. Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat
sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan sempurna:
Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam.
Sejauhmana pula konsep al-ta’wun (bekerjasama) di kalangan
para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.
Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk
dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk amalan.
TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH
1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur
Islam kepada anggota.
2. Meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan
rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan ajaran Islam
secara fardiyy atau jamaie
3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan
dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah.
4. membina ‘aqliyyah jamaiyyah di kalangan anggota agar
mereka sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja secara jamaie dan
bertindak mengikut keputusan jamaah.
5. menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari
selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan Islam seluruh dunia.
6. mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan
aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh
badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlaq.
7. memastikan bahwa yang bakal menempati saff pimpinan ialah
orang-orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa yang memegang
pimpinan adalah orang yang layak ditempat yang munasabah.
8. Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh
pemikiran yang sumbang atau musuh.
9. Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang
piawai atau mampu mnghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa diserapi oleh anasir
pemecah yang menggugat harakah.
CIRI-CIRI NAQIB
Secara ringkas disertakan sekali cirri-ciri naqib yang
memimpin usrah:
1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama.
Naqib perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang mendalam
terhadap Tasawwur Islam dan memahami Waqi’ (jamaah/ harakah) serta memahami
marhalah dakwah. Setidak-tidaknya naqib biarlah dari kalangan mereka yang mempunyai
pengalaman haraki, serta ilmu terhadap asas Islam (tasawwur Islam)
2. Iman yang mendalam
Naqib perlu menjadi
contoh ikutan kepada ahli-ahli usrah. Lantaran itu ia mestilah mempunyai
keimanan yang kukuh, keyakinan, tawakkal serta memelihara ibadat-ibadat fardiyy
dan menjaga sunnah-sunnah Nabi saw.
3. Bersifat amanah
Naqib perlu menyedari
bahawa ia memikul amanah yang tinggi iaitu membimbing ahli-ahli supaya menjadi
golongan yang terpilih di samping merasakan bahawa dialah orang yang
bertanggungjawab memelihara agama.
4. Keikhlasan yang tinggi.
Keikhlasan adalah
perkara paling penting dalam mana-mana perkara yang hendak dilakukan. Namun
perkara yang terlebih penting adalah ikhlas kepada naqib-naqib dengan tidak
mengharapkan apa-apa ganjaran serta sanggup berkorban. Ia perlu mengorbankan
lebih masa, perasaan, masa kerja, keluarga, harta-kekayaan, dan berbagai
kepentingan lain untuk cita-cita Islam.
5. Beramal dengan ilmu.
Naqib perlu beramal
dengan ilmu dan dikenali sebagai orang yang beramal dengan ilmunya. Ini akan
memberikan kesan yang baik ke atas anggota-anggota jamaah yang lain yang
menjadi contoh yang baik.
6. Syakhsiah yang terpuji.
Naqib dikenali
sebagai seorang yang memiliki akhlak dan syakhsiyah yang baik, menepati janji,
jujur dan berbagai lagi akhlak yang mesti dimiliki. Ini kerana naqib adalah
sebagai pembimbing, pendidik, guru dan seorang sahabat yang sentiasa menjadi
tumpuan dan perhatian umum.
7. Pergaulan yang baik
Hubungan naqib dengan
ahli usrahnya adalah hubungan yang berterusan, dan bukan terhad hanya di dalam
usrah semata-mata. Naqib mestilah pandai bergaul dengan anggot usrah yang lain
serta mewujudkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anggota usrah.
MANHAJ USRAH
1. Mestilah ditegaskan bahawa islam dan ajarannya bersumber
dari kitab suci al-Qur’an dan hadith Nabi saw sebagaiimana yang difahami dan
diambil dari ulama’ yang muktabar.
2. Memberi penekanan terhadap tasawwur Islam dan penekanan
bahawa Islam adalah satu system hidup (Nizamul hayat) atau ad-din yang
sempurna.
3. Bahan-bahan usarh, hendaklah mengambil kira marhalah yang
sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah.
4. Manhaj Usrah perlu mengandungi Tasawwur Aqidah yang kemas
dan menyeluruh yang menjadi teras kepada perjuangan Islam.
5. Kandungan Usrah perlulah yan dapat memandu dan menyumbang
kea rah pembentukan peribadi atau syakhsiah muslim dan pendakwah.
6. Kandungan usrah mestilah mengandungi perngatan untuk
memelihara Islam sama ada secara fardiyy atau jamaie’.
7. Memberi penekanan terhadap ibadah-ibadah khusus dan
amalan-amalan yang membina kerohanian seperti membanyakkan zikir, wirid
mathurat, doa-doa, membaca al-Qur’an, menziarahi kubur dan sebagainya.
8. Kandungan Usrah mestilah mempunyai unsur-unsur
pembentukan fikrah dakwah Harakah, dan siasah secara seimbang.
9. Menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jamaie,
seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban, mematuhi arahan-arahan dan
memberi wala’ dan ketaatan kepada pimpinan jamaah.
10. Menyediakan ruang-ruang buat ahli-ahli berinteraksi
sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki
kelemahan, dan kekurangan yang ada dikalangan anggota dengan cara-cara yang
baik.
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN / KEGAGALAN USRAH
FAKTOR YANG BERPUNCA DARI NAQIB:
a. Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat
usrah dalam rangka Tarbiyyah.
b. Tidak memahami kandungan dan skima tarbiyyah sesuia
dengan marhalah mad’u dan sasarn.
c. Kaedah penyampaian Usrah yang tidak sesuai.
d. Naqib tidak memberikan tumpuan dengan ahli-ahli usrah.
e. Tidak mengenal mad’u.
f. Para Naqib tidak ada Fikrah Dakwah dan Harakah.
g. Tidak membuat persediaan dan Kajian terhadap bahan-bahan
Usrah.
h. Tidak segera menyelesaikan masalah.
i. Tidak memahami politik dan isu-isu semasa.
j. Naqib tidak mematuhi arahan jamaah.
CIRI-CIRI USRAH YANG BERJAYA
1. Majlis yang terancang dan berterusan
2. Mempunyai ketua yang bertanggungjawab.
3. Mempunyai bilangan ahli yang kecil.
4. Keahlian usrah merangkumi semua peringkat.
5. Usrah sebagai saluran melahir dan membentuk pimpinan
* semoga sama-sama mendapat manfaat daripadanya, sebagai panduan dan muhasabah kepada diri ana sendiri dan sahabat-sahabat usrah yang lain.
Memetik kata-kata
Mustafa Masyhur daripada buku Jalan Dakwah iaitu ‘ Kalaulah kamu tahu bahawa
tiada kerehatan bersama jihad dan jihad itu datangnya dengan usaha, usaha pula
bersamanya kepenatan dan kesusahan’
Waallahu'alam.
perkongsian yg amt berguna.. usrh mrupakan slh 1 TERAS dlm mgukuhkan ssuatu trbyyah.. mka x kan lari bg pndokong dan jge yg mnyertai usrh ini utk mgmlkn srta mghayti stiap cri2 dan sft yg trbaik dan khusus yg msti dbentuk..
ReplyDeleteMaklumat menarik... terima kasih kerana share...
ReplyDeleteust. hazwan: semoga sama2 mendapat manfaat dan muhasabah diri supaya menjadi seorang da'ie yg benar2 ikhlas dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan menghayati peranan dan tanggungjawab sebagai seorang naqib dan naqibah. waallahu'alam.
ReplyDeleteAnak Seni Waja: afwan..semoga sama2 mendapat manfaat daripadanya..