Sahabat-sahabat sekalian sambutlah
salam kehormatan terindah dari hati kecil saya yang paling dalam, saya percaya
dan yakin seyakinnya kalimah SALAM ini memiliki kekuatan yang sangat dahsyat
yang mampu menciptakan keakraban antara kita. ASSALAMUALAIKUM...
‘Allah sangat sayang
dengan orang yang mahu menebarkan kasih sayang di atas muka bumi ini’
Alhamdulillah dipanjatkan
sebagai ucapan alu-aluan sebagai peringatan bahawa apa yang dimiliki ini hanyalah
pinjaman dan pada masa yang tertentu PASTI akan dipulangkan, tarikh yang telah ditetapkan dan semua
diantara kita sedang menujunya. Walau ilmu yang ada dalam diri ini hanyalah
sedikit, semoga sama-sama mendapat manfaatnya kerana sedikit atau banyaknya
ilmu itu diukur dengan sebanyak mana amalan terhadap ilmu tersebut.
Sahabat yang
dikasihi,
kalau ingin disayangi
Allah,
Jadilah orang-orang yang
selalu memberi,
Kepada orang-orang yang
memerlukan.
Jadikan hari-harimu
tiada hari tanpa SEDEKAH.
Bersedekah merupakan
bukti kita bersyukur terhadap segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan. Baru-baru
ini bagi pelajar Institut Pendidikan Guru sibuk membuat belanjawan dek kerana
alaun belajar telah masuk. Ada yang merancang untuk membeli emas..ada yang
merancang untuk membeli baju..ada yang sibuk melangsaikan segala hutang piutang…macam-macam
perancangan..sahabat-sahabat sudahkan kita melakukan sujud syukur? Sesungguhnya
apabila kita meluahkan kesyukuran kita, Allah akan tambahkan kesyukuran
tersebut dan mencukupkan kita dengan apa yang diperolehi.
“Sesungguhnya di antara sahabat Rasulullah
shollallahu ’alaih wa sallam ada yang berkata:”Ya Rasulullah, orang-orang kaya
lebih banyak mendapat pahala, mereka mengerjakan sholat sebagaimana kami
mengerjakan sholat, dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa. Dan mereka
bersedekah dengan kelebihan harta mereka.” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam
bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan bagimu sesuatu
untuk bersedekah? Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap
tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh seseorang
kepada kebaikan adalah sedekah, melarangnya dari kemungkaran adalah sedekah.”
(HR Muslim 1674)
Betulkan persepsi kita…
Sedekah bukan untuk kekayaan sahaja. Bersedekah mempunyai makna yang
begitu luas, hinggakan tersenyum pun dianggap bersedekah, menolong orang yang
di dalam kesusahan dianggap bersedekah, meringankan bebanan orang dianggap
bersedekah, menanam pokok dengan niat agar buahnya dimakan oleh burung juga
dianggap bersedekah. MasyaAllah…
Justeru, bukanlah menunggu diri menjadi kaya dulu baru boleh bersedekah.
Sedangkan dengan syiling 10sen juga jika hati kita ikhlas untuk bersedekah kerana
Allah nilaiannya lebih besar dari wang ringgit berjuta-juta yang diberikan
dengan niat untuk menunjuk-nunjuk dan riak. Ya Allah, peliharilah saya dan
sahabat-sahabat saya dari sifat riak, ujub, takabbur dan sombong. Kurniakanlah kami
hati yang bersih dan ikhlas serta jiwa yang subur dengan sifat-sifat mahmudah.
Sahabat…
Bukankan Allah memiliki balasan yang terbaik bagi orang-orang yang mahu
bersedekah?
Miskinkah kita setelah bersedekah?
Bagi yang sudah berumah tangga dan muslimah…
Buat para suami “Jika bersedekah, niatkan atas
nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana
ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”
Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a.
katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau
Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau
bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah
diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’
“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak
bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat
dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki
kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia
daripada salah seorang antara kalian.’
“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan
dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’
“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang
wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab:
‘Benar.’ Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia
tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata:
‘Itulah (bukti) kekurangan agamanya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)
Oleh sebab itu, setiap suami yang mencintai
isterinya pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini.
Betapa tidak, tegakah kita melihat isteri yang tersayang terhumban ke dalam
neraka hanya kerana lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak
bersyukur? Cakap suami dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya
begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.
Isteri yang sedemikian perlukan bantuan. Dia
sedang “sakit”. Tetapi bukan mudah membantu orang sakit yang sentiasa berasa
dirinya benar dan sihat. Silap pendekatan, dia jadi semakin menyinga. Isteri
begini terlupa bahawa selagi suami tidak menyuruh kepada yang haram dia wajib
taat. Dia terlupa membesarkan pemberian suami yang kecil. Dia sudah tidak
ingatkan lagi bahawa jalannya menuju ke syurga adalah melalui pintu gerbang
ketaatannya kepada suami. Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia
bernama suami.
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Oleh itu, JOM BERSEDEKAH
SAHABAT! (^___^)
“ Dalam hati manusia ada
kekusutan dan tidak akan terurai kecuali dengan menerima kehendak Allah.
Dalam hati manusia ada
kegelisahan dan tidak akan dihilang kecuali dengan seronok mengenali ALLAH”
Kekuatan muslim bergantung
keyakinannya pada ALLAH.
Renunglah dengan mata hati
jika semalam jalan yang ditempuhi terasa sukar namun kita berjaya melaluinya
dengan PERTOLONGAN ALLAH. Jika kita terasa perjalanan hari ini begitu sukar
ditempuh, yakinlah ALLAH bersama-sama kita ketika ini.
Jika esok kita melihat
lorong-lorong penuh duri, percayalah pertolonganNya juga akan bersama dengan
kita.
Salam Mujahadah
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah (^_^) waallahu'alam.