Thursday, September 24, 2009

sAhAbAtku...

saudaraku,
jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...
jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah diriku dengan tarbiyah PENCIPTA...
jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA...
jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera,
jika pernah hatimu terluka,
luahkan ia agar aku berubah,
dan jika esok aku terlena tanpa terjaga,
iringlah lenaku dengan kalungan al-Fatihah,
berjanjilah saudaraku,
ukhwah kita untuk selamanya...
ukhwahfillah abadan abada...

'selama ini ku mencari-cari teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci,
bersyukur kini padamu Illahi teman yang dicari selama ini telahku temui.'

sELamAT HarI RAya




jika kesilapan semalam belum terampun, "MAAFKANLAH"
jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, "LUPAKANLAH"
jika kesilapan esok mendatang, Janganlah dibawa ke AKHIRAT
Inginku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Friday, September 11, 2009

Assalamualaikum w.b.t
“ ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah.
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah.
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah dan dekatkan diri pada Allah
agar tunduk disaat yang lain angkuh.. .
agar teguh disaat yang lain runtuh…
agar tegar disaat yang lain terdampar…”

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna,
Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan,
sesekali langkah tersadung rebah menyembah,
sesekali melangkah gagah tersenyum megah
dan semua itu memerlukan pengorbanan,
menentukan kesabaran dan air mata,
selagi prinsip hidup berada dilandasan yang betul,
usah gusar pada anugerah Tuhan!,
anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk
bangun menjadi manusia sesempurna insan……
hayatilah kata-kata di atas…

sahabatku…
ikhlas dari hati naluriku…
aku rindu jiwa-jiwa yang sering mendidikku,
berkongsi masalah denganku,
berselisih pendapat denganku, memujukku, bergurau denganku, dan meniupkan semangat kepadaku…

hari-hari yang berlalu mengajarku erti kasabaran,
membuatku kenal erti kehidupan,
ujian demi ujian yang datang mengajarku erti ketabahan,
teguhkanlah imanku ya Allah…
kuatkanlah hatiku…

Sunday, August 30, 2009

waktu mustajab doa??


Berdoalah….Allah pasti akan makbulkan!

Sesungguhnya Allah kasih kepada hamba-Nya…Allah rindu mendengar rintihan hamba-Nya…

Janganlah kita sombong untuk berdoa kepada Allah, Bergantung haraplah pada Allah, jangan apabila kita susah sahaja baru kita ingat kepada Allah.

“ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?” ( HR Bukhari dan Muslim )

jika sebelum ini kita hanya berdoa pada setiap selepas solat fadhu sahaja, di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua berkaitan dengan waktu-waktu mustajab berdoa. Mungkin ada di antara kita yang masih tidak tahu dan tertanya-tanya..dan mungkin juga ada di antara sahabat yang sudah cukup arif..tapi penulisan saya kali ini bertujuan untuk mengingatkan kembali, terutama kita sedang berada dalam bulan yang penuh barakah iaitu bulan ramadhan.

Antara waktu-waktu mustajab untuk berdoa adalah:-

1.Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam . Sabda Nabi s.a.w
2.Waktu diantara azan dan iqamah . Sabda Nabi s.a.w
“ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)
3. Ketika sujud dalam solat . Sabda Nabi s.a.w
“ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )
4. Selesai solat fardu. Sabda Nabi s.a.w ketika ditanya tentang waktu mustajab doa :
“ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi)
5. Ketika berpuasa . Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)
6. Malam Lailatu Al-Qadar . Malam Al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan . Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam Al-Qadar pada sepuluh malam terakhir .
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika khatam 30 juzuk Al-Quran . Allah s.w.t berfirman dalam surah Fatir ayat ke-29 maksudnya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara tertutup atau terbuka , mereka ( dengan amalan yang demikian ) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian , supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka daripada limpah kurnia-Nya . Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya ( akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya )
8. Sepanjang hari Jumaat dengan harapan bersua dengan waktu mustajab doa . Sabda Nabi s.a.w
“ Pada hari Jumaat itu , ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon sesuatu kepada Allah , maka akan diberikannya .” (HR Bukhari & Muslim )
9. Sepanjang perjalanan semasa bermusafir . Sabda Nabi s.a.w
“ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , tidak syak padanya iaitu : Doa orang yang teraniaya , Doa orang yang bermusafir dan Doa ibu bapa terhadap anaknya.” ( HR Abu Dawud)
10. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah . Hal ini berdasarkan sebuah hadis :
“ Orang yang berjihad pada jalah Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah , mereka berdoa kepada Allah lalu diterimanya.” (HR Ibn Majah)
11. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah . Sabda Nabi s.a.w.
“ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …” (HR al-Bukhari ) .
12. Waktu menerima ujian . Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Naml ayat 62 , yang bermaksud
“ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”
Menurut pandangan ulama , dijamin penerimaan doa orang yang menghadapi bebanan ujian kerana biasanya bala yang berlaku menyebabkan timbulnya pasrah dan ikhlas berdoa meminta diselamatkan . (Tafsir al-Qurtubi ,tafsir ayat 62 surah al-Naml)
13. Ketika tentara Islam berhadapan dengan tentera musuh . Dalilnya ialah Nabi s.a.w bersabda
“ Dua jenis doa yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t atau jarang sekali ditolak : doa sewaktu azan dan doa ketika berlakunya peperangan.” (HR Abu Dawud,hadis hasan )
14. Ketika ayam berkokok . Nabi s.a.w. bersabda
“ Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerah-Nya kerana ayam itu melihat malaikat .” (HR al-Bukhari , Muslim )
15. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
16. Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.
“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”.
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim.
17. Doa Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi)

Friday, August 28, 2009

Tolong sampaikan pada si dia…


Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini…

Sunday, August 23, 2009

jangan pernah mengeluh


Assalamualaikum w.b.t
Sedikit coretan buat sahabat yang sedang menghadapi masalah…sesungguhnya masalah itu adalah ujian Allah untuk melihat tahap keimanan hambaNya … jangan pernah mengeluh… ujian adalah tarbiyah dari Allah…bersabarlah…….
Waallahualam,
“Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...” Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani=)
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK…SAMA-SAMALAH KITA MENGHIDUPKAN BULAN RAMADHAN DENGAN PERBANYAKKAN AMAL IBADAH BUKANNYA PERBANYAKKAN JUADAH…MUDAH-MUDAHAN KITA TERPILIH OLEH ALLAH UNTUK BERJUMPA DENGAN MALAM LAILATULQADAR…INSYAALLAH.

Monday, July 20, 2009

nak masuk kumpulan mana?


Kumpulan apa pula ni? Mesti itu pertanyaan pertama apabila membaca tajuk penulisan saya kali ini kan?

Sebenarnya saya ingin menulis sesuatu yang dapat mengingatkan saya dan sahabat-sahabat semua tentang MATI, AKHIRAT, dan AZAB API NERAKA…. saya membelek-belek buku ‘Pesanan untuk Orang Berdosa’ tulisan Dr.’Aidh bin Abdullah Al-Qarni dan ‘Malam Pertama di Syurga’ tulisan Adil Akhyar. Dua buku yang berbeza iaitu satu buku yang mengingatkan kita tentang azab Allah dan nikmat Allah. Namun, kedua-dua buku ini bisa mengingatkan kita tentang akhirat.. InsyaAllah….

Saya menyemak semula helaian muka surat yang telah dibaca, mencari-cari tajuk yang sesuai untuk dikongsikan bersama sahabat. Saya membuka helaian muka surat yang ditanda dengan bungkusan coklat Cadbury yang telah dihadiahkan oleh sahabat saya. Alhamdulillah saya mendapat idea untuk menulis sesuatu tentang “ umat nabi Muhammad diseru meniti sirat”.
……………………………………………………………….
Panjang titian sirat sejauh 500tahun perjalanan...
Allah Ta’ala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan dilintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500tahun perjalanan.”

Cuba kita bayangkan…untuk hidup selama 20 tahun pun kita sudah merasakan cukup lama dan macam-macam rintangan yang kita hadapi. Inikan pula sejauh 500tahun…. Bagaimankah kita hendak meniti titian Sirat itu??

Bertuahlah umat nabi Muhammad….


Nabi Muhammad bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Ta’ala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad.umat nabi Muhammad telah dipecahkan kepada 10 kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
*Ya Allah! Hayatilah kasih sayang Nabi Muhammad kepada kita… tanamkan rasa cinta kepada Nabi Muhammad…

Nak masuk kumpulan yang mana satu???

Kumpulan 1: Berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.

Kmpln 2: melintasi seperti angin yang kencang.

Kmpln 3: melintasi seperti kuda yang baik.

Kmpln 4: seperti burung yang pantas.

Kmpln 5: berlari.

Kmpln 6: berjalan.

Kmpln 7: berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad berhenti di Sirat. Setiap kai baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Kmpln 8: menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak dosa. Ya Allah! Sakitttnya!... bagi yang buruk mereka akan menyebut: “wahai Muhammad!” nabi Muhammad berkata: “Tuhanku! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!” sedangkan di dunia kita lalai dan leka serta tidak mengikuti ajaran Rasullah..kita tetap degil….

Kmpln 9 dan 10: tertinggal di atas Sirat, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu,
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini,
Ya Allah…Kau Maha Pengasih,


Ya Allah…cukupkah bekalan kita untuk ke syurga??? Kumpulan manakah kita diletakkan??? Apakah jawapan kita tika ditanya oleh Allah tentang sumbangan kita kepada agama islam?? Sama-sama kita bermuhasabah diri…beristighfar….semoga kita mendapat syafaat oleh rasulullah dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

waAllahualam…
salam ukhwah