Friday, May 22, 2009



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

jam sekarang menunjukkan pukul 2.32 pagi...mata ni masih lagi belum menuntut untuk tidur..
sekarang ni waktu exam final sem...hanya tinggal 1 paper lagi sebelum dapat pulang ke kampung halaman(walaupun di tengah bandar).....doakanlah kejayaan ana..

malam ni terasa nak menulis sesuatu untuk blog ni...

ana nak kongsi cerita berkenaan Seorang Wanita Solehah anak Huyay....pernah dengar tak?
kalau dah pernah dengar tu mungkin boleh ingat balik...

.....................................................................

begini ceritanya... ada seorang wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan memiliki 2 orang putera. ketika umur mereka meningkat dewasa,mereka diajar beribadah, taat dan solat malam.

wanita itu pernah berkata kepada anaknya: "Hendaklah tidak sedikit pun waktu malam terlewat, kecuali sentiasa berzikir kepada Allah." keduanya berkata:"apa sebenarnya yang engkau kehendaki wahai ibu?" Jawab nya: "kita bahagikan waktu jam malam menjadi tiga bahagian. salah satu dari kalian hendaknya bangun pada sepertiga malam pertama. yang lain sepertiga malam kedua da aku akan bangun pada sepertiga malam terakhir. setelah itu aku akan mengejutkan kalian untuk solat subuh."

keduanya berkata:"kami dengar dan taat wahai ibu."

setelah si ibu meninggal dunia, kedua anaknya tidak pernah meninggalkan solat malam,sebab taat dalam beribadat memenuhi hatinya. Maka waktu terindah bagi kedua-duanya adalah ketika melakukan solat malam. kedua-duanya dapat membahagikan solat malam menjadi dua bahagian pula, apabila salah seorang daripada mereka sakit, maka lagi seorang akan bangun malam untuk menghidupkan seluruh malam...

............................................................................

SubhanAllah... indahnya jika kita dapat mencontohi dua putra ini... begitu taat kepada ibadahnya dan juga kepada ibunya....

susah untuk kita berjumpa dengan manusia sebegini pada zaman ini...

jadi, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada cerita itu tadi...semoga memberi satu semangat untuk kita menghidupkan malam kita dengan beribadat kepada Allah...
dan..sentiasa membasahi lidah kita dengan zikrullah....agar hati kita dipenuhi dengan cahaya...
daripada Muas berkata; semasa aku berpisah dengan rasulullah s.a.w, dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Allah?..sebagai menjawab rasulullah s.a.w bersabda basahi lidahmu dengan zikrulullah".
sama-samalah kita berusaha mencari redha Allah...

Sunday, May 17, 2009

Analogi Rumput dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
Ku Persembahkan...

kepada setiap muslimah... yang redha Allah sebagai Tuhannya, islam sebagai agamanya, dan Muhammad s.a.w sebagai rasulnya.

Kepada wanita... yang meniti jalan yang lurus dan membawa panji-panji kebenaran.

Kepada wanita pendidik... yang mendidik anak-anaknya dengan kalimat-kalimatnya, menjaga maruah dan mensucikan dirinya.

Kepada semua wanita yang berduka:

Berbahagialah dan bergembiralah dengan dekatnya pertolongan, penjagaan Allah, pahala yang besar dan pengampunan dosa-dosa...





TERSENYUMLAH UNTUK HIDUP

STEPHEN GAZEL: "Bahawa senyum itu merupakan keharusan dalam bermasyarakat"

ada benarnya kata Stephen Gazel ketika kita bergaul dengan orang lain, maka kita dituntut untuk berhubungan baik. salah satunya dengan memberikan senyuman...

Ketika kita tersenyum sedangkan hati kita dipenuhi dengan kedukaan, maka sesungguhnya kita sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk menuju kebahagiaan.

jangan pernah ragu-ragu dan bimbang untuk tersenyum, kerana di dalam dirimu tersimpan kekuatan besar yang akan memancar dengan senyuman.

Ketika kita tersenyum di hadapan orang lain, maka kita sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah. sebaliknya jika kita bertemu seseorang dengan wajah masam, maka kita telah menyeksa mereka...

Monday, April 27, 2009

wanita sOlehah idaman Mujahid


"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang MALUnya menjadi perisai dirinya, yang ZIKIRnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)




Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

SIFAT HASAD

sifat hasad ini adalah sifat yang bercabang daripada sifat bakhil kerana orang yang bakhil ialah orang yang tidak mahu memberikan sesuatu yang ada ditangannya kepada orang lain dan 'syahih'(sangat bakhil) ialah orang yang tidak mahu melihat kurniaan Allah itu milik Allah yang sebenarnya bukan miliknya, tercurah kepada sesiapa sahaja daripada hamba Allah.


maka syahih ini lebih jahat daripada bakhil dan orang yang HASAD ialah orang yang merasa keberatan bahawa Allah mencurahkan nikmat dan kurniaannya kepada salah sorang diantara hamba Allah, baik nikmat itu yang berupa ilmu, harta, kecintaan manusia atau apa sahaja habuan yang diberikan Allah kepada hambanya.


sehingga orang yang hasad ini bercita-cita kalau boleh nikmat Allah itu hilang daripada orang lain walaupun dia tidak mendapat apa2 keuntungan daripada hilangnya nikmat tersbut.

maka sifat hasad ini adalah kejahatn yang luar biasa oleh kerana itu Rasullah pernah bersabda yang bermaksud 'sifat hasad itu memakan akan pahala kebaikan serta api memakan kayu bakar'


orang yang hasad ini sebenarnya sentiasa jauh daripada kasih sayang dan sentiasa berada dalam siksaan didunia inidan akhirat nanti.

didunia ini dia tersiksa dengan tekanan perasaan kerana bila2 masa Allah selalu mencurahkan kurnianya kepada orang ramai bahkan kepada kawan2orang yg hasad itu yg dia kenali. Allah sentiasa mencurahkan nikmat ilmu, harta, dan kedudukan maka sentiasa pula orang yg hasad itu dlm penyeksaan bila melihat kemurahan Allahterhadap orang lain. maka begitulah keadaan sampai keakhir hayatnya.

seluruh kaum muslimin apa2 yg ia cintai bg dirinya sendiri bahkan sepatutnya hendaklah ia bersama dengan perasaan seluruh kaum muslimin baik dalam kesenangan ataupun dlm kesusahan.

org islam itu ibarat sebuah bangunan.... dimana satu bahagian mengukuhkan bahagian yg lain dan seperti sebatang tubuh apabila mana2 anggota merasa sakit maka sakitlah seliuruh anggotanya.

jadi jika engkau dapati hatimu bukan bukan dlm keadaan yg seperti ini maka sifat hasad masih wujud didalam hatimu dan hendaklah engkau berusaha membersihkan krn usahamu dlm menghilangkan penyakit hati ini adalah lebih penting daripada engkau menyibukkan diri utk mendalami ilmu al-faru'(cabang2 ilmu fikah yang halus2) yg ganjil2 dan memperdalami masalah2 yg dikhilafkan oleh para ulama.

Thursday, April 23, 2009

Bingkisan untuk wanita

sahabat2 tau tak Ada 30 larangan ke atas kaum wanita yang perlu dipatuhi pu beitu, pada hari ini ia seolah-olah sudah menjadi 'trend' yang mesti diikuti oleh golongan wanita. larangan-larangan itu adalah:

1. menyambung rambut palsu
2. bertatu, mencukur kening, mencabut bulu pada wajah, mengikir gigi.
3. keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. memperlihatkan perhiasan ataupun bersolek di depan lelaki
5. menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. membuka rahsia hubungan suami
7. berpuasa sunat tanpa izin suami
8. membelanjakan harta suami tanpa izin suami
9. derhaka terhadap suami
10. meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. mengingkari kebaikan suami
12. bersama laki lain yg bukan mahram
13. memandang laki yg bukan mahramnya dgn pandangan syahwat
14. bersalaman dengan laki bkn mahram
15. menyerupai laki
16. membuka rahsia wanita lain kpd suami
17. memandang aurat wanita lain
18. keluar rmh tnpa ada tujuan
19. masuk tmpt mandi awam
20. mencakar-cakar tubuh ketika dpt musibah
21. meratapi kematian
22. berhias krn kematian ssorg
23. menghantar jenazah kekubur
24. mempercayai dukun dan peramal nasib
25. menyumpah ank-ank sndiri
26. tidak bertegur sapa dgn sesama muslim
27. menganiaya pembantu
28. menggangu jiran tetangga
29. meminta cerai krn suami sakit
30. meminta cerai krn suami bberpoligami...

marilah sama-sama kita renungkan..