Tuesday, October 11, 2011

SEDARLAH WAHAI MUJAHIDAH


Assalamualaikum dan salam mujahadah buat sahabat semua. semoga kalian berada di bawah lindungan Allah.

Buat mujahidah yang hatinya sentiasa tenang mengingati Allah dan lidahnya basah dengan zikrullah... Sesungguhnya Allah telah menciptakan kita dari tulang rusuk seorang lelaki...kasih sungguh Allah pada kita kerana kataNya seindah-indah hiasan dunia adalah wanita solehah. Semoga kita semua berjaya menjadi seindah hiasan  WANITA SOLEHAH.

Jadilah dirimu seikhlas Siti Khadijah
Sesabar Sumayyah
Setulus hati Rabiatul Adawiyyah.
untuk menjadi seindah Hiasan Wanita Solehah
Umpama bidadari syurga Ainul Mardhiah.

Duhai wanita, nasib wanita kini semakin lama semakin DIEKSPLOITASI. wanita dijadikan pelaris produk dengan membuat iklan berpakaian seksi, dijadikan lambang pemuas nafsu serakah.
Namun disebalik eksploitasi tersebut wanita/muslimat memainkan peranan yang sangat penting sejak zaman Rasulullah s.a.w sebagai pendokong dan penyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah. Sebagai contoh serinkandi islam terdahulu seperti Khaulah Al-Azwar, Zainab Al-Ghazali, Aishah r.a, Rabiatul Adawiyyah, Sumayyah, Ummu Sulaim dan ramai lagi.
Menelusuri kronolgi-kronolgi perjuangan serikandi islam, semangat perjuangan mereka sungguh hebat. Kehidupan mereka diINFAQkan untuk islam…itulah PENGORBANAN sebenar seorang pejuang islam. Benar…kita tidak mampu menjadi Khaulah Al-Azwar yang menunggang kuda bertempur di barisan paling hadapan di medan perang dan membunuh musuh-musuh islam. Memang benar…kita tidak mampu menjadi seperti Zainab Al-Ghazali yang tetap teguh dan sabar disiksa di penjara atas tuduhan mahu membunuh presiden. Beliau telah disiksa dengan hebat di dalam penjara dengan anjing, disebat sehingga tersiat-siat kulit dan direndam ke dalam air…PEDIH… 

Bacalah buku “Hari-hari dalam Hidupku’ sahabat akan dapat menelusuri perjalanan hidup serikandi Zainab Al-Ghazali.
 
Namun, duhai muslimat…sedarlah bahawa kita mampu untuk mencontohi keperibadian serinkadi-serikandi islam. Kita mampu menjadi seperti Sumayyah kerana “Tangan yang disangka lembut menghayun buayan menggoncang dunia melakar sejarah” . Fitrah wanita sememangnya lembut..tapi wanitalah tulang belakang seorang mujahid islam. 

Kini, berpijak di bumi yang nyata…
Sedarlah duhai wanita muslimat,
Jangan biarkan diri kita dieksploitasi!
Jangan biarkan maruah kita dikotori!
Janganlah merendahkan martabat seorang wanita sendiri…

Sungguh belum terlambat untuk kita berHIJRAH, Sesungguhnya Allah itu maha pengampun.
Kadang-kadang seorang wanita dipaksa untuk berpakaian seksi kononnya kerana mengikut peraturan seragam dan kemas atau mengikut arahan ketua.. selagi boleh dielakkan cubalah untuk mempertahankan prinsip kita sebagai wanita muslimah. Bukan semua orang tahu keadaan sebenar, tapi percayalah ALLAH maha mengetahui kesusahan dan kepayahan hambaNya. 

Percayalah…
Kita mampu menjadi wanita solehah andai hati hanya ditautkan kepada Allah… taqwa menjadi penghias diri dan malu menjadi perisai diri… 

Allah itu maha mengetahui, maha pengampun dan maha mengasihani.

Semoga coretan dan perkongsian ini dapat menjadikan diri ini dan sahabat2 kembali dengan roh perjuangan sebagai seorang pendakwah yang sebenar. Sesungguhnya Allahlah yang memegang hati-hati hambaNya. 

Semoga thabat dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
Salam Ukhwah Fillah Abadan Abadan wa Salam Mujahadah.
Assalamualaikum.


Friday, July 29, 2011

Rumah Allah di Akhir Zaman...


Assalamualaikum w.b.t

salam mujahadah buat sahabat semua. syukur kepada Allah kerana memberi ana ilham untuk berkongsi sedikit nukilan di blog ini. Lama rasanya tidak menulis, semoga kita sama-sama istiqomah dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam lapangan kehidupan.

Alhamdulillah, semakin hari tanggungjawab semakin besar..rasanya baru sahaja diri ini menjadi kanak-kanak kecil yang bebas gembira bermain-main di halaman rumah, bersama-sama kawan pergi menangkap ikan, main masak-masak dan main hujan bersama adik-adik... MasyaAllah...cepat sungguh masa berlalu.

Segala memori sewaktu kecil sering bermain difikiran...alangkah indahnya hidup sebagai seorang kanak-kanak. Namun, Allah menjadikan manusia untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini dan beribadah kepadaNya serta melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Kembali kepada tujuan dan matlamat hidup sebagai hamba Allah..

Kehidupan di rumah sewa, semakin menuntut ana untuk belajar berdikari dan mencari... dulu, ketika di asrama IPG KDRI kuliah agama tersedia di depan mata..hanya perlu melangkah kaki tidak sampai 5 minit untuk ke Balai Islam. Solat berjemaah berlumba-lumba ke Balai Islam untuk menyahut seruan Illahi. Azan subuh berkumandang mengejutkan lena yang panjang dikala subuh. Bacaan Al-Mulk sayup-sayup kedengaran sebelum mata terlena...Indahnya saat itu...ramai yang ingin memberi hanya perlu menerima sahaja.

Tapi, keadaannya berbeza sekarang... segala yang terhidang dulu kini perlu dicari..andai kekuatan dalam diri tidak ada maka terhanyutlah dibuai nikmat dunia yang sering melupakan serta melalaikan. Ya Allah, berbezanya dulu dan sekarang.... ketika melangkah kaki ke salah sebuah masjid berdekatan dengan rumah sewaku...alangkah sayunya....hanya 5, 6 orang tua yang kulit berkedut, berjalan bongkok, berada disoff hadapan... ana tertanya-tanya...mana pergi mujahidah-mujahidah? mana pergi anak muda yang bertenaga? mana pergi anak muda yang berjalan tanpa perlu dipimpin dan dipapah? MasyaAllah....ana beristighfar panjang dan muhasabah diri..

Rumah Allah yang tersergam indah namun hanya sedikit sahaja jemaahnya... inikah tanda-tanda kiamat...Ya Allah, teguhkanlah hati-hati ini dalam mengimarahkan rumahMu, dekatkanlah hati-hati ini agar mencintai rumahMu, tetapkanlah hati-hati ini agar beristiqomah dalam menyahut seruan azanMu untuk berjemaah di rumahMu. Agar Islam bangkit dalam jiwa masyarakat kini. jangan jadi orang melayu, tapi jadilah orang islam... kerana melayu mudah lupa...

sayu dan malu rasa diri ini apabila melihat seorang jemaah muslimat yang sudah lanjut usianya berjalan kaki pulang ke rumah dari masjid...melintas jalan yang gelap... mana pergi anak-anak muda kini.... tidak malukah kita pada mereka???

tepuk dada,tanyalah iman...

WaAllahu'alam

sekadar perkongsian bagi mengingatkan kembali tujuan dan matlamat hidup ini... marilah sama-sama kita muhasabah diri...

Sunday, May 22, 2011

LEBAH VS LALAT...



salam perjuangan sahabat2...(^_^)

Jom rehatkan minda....

Perkongsian Hari Ini..


Kita kena jadi seperti lebah, sebab apabila lebah mencari manisan, dia akan pergi ke setiap bunga sama ada bunga itu wangi atau busuk. Tapi dia tetap akan mengambil manisan dari bunga tersebut dan akhirnya manisan dapat dikumpul dalam sarang dan jadilah MADU, yg menjadi syifak(ubat). Begitu juga kita, kita harus mencari kebaikan setiap saudara (seislam) kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita...


Dan jangan kita jadi seperti lalat, kerana lalat akan pergi mencari ke tempat kotor dan mengumpul kuman dan kekotoran sehingga kekotoran itu melekat pd dirinya SENDIRI. begitu juga kita, kita dilarang sama sekali melihat keburukan yang ada pada saudara (seislam) kita supaya keburukan itu tidak terkumpul pada diri kita.

kesimpulannya... Janganlah kita suka melihat dan mencari keburukan orang lain sahaja... carilah kebaikan yang ada mereka hatta orang yang mengganggap kita sebagai musuh... mudah-mudahan apabila melihat kebaikan orang lain, kita cuba untuk memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini...

ReNunG-ReNunGkaN dan SeLaMat BeRaMaL...(^_^)


Thursday, May 19, 2011

Misi baru menanti...

Dengan nama Allah yang pengasih lagi maha penyayang...

Semoga segala kerja yang kita lakukan semata-mata kerana Allah... Alhamdulillah, 1 paper selesai dijawab, tgl lg 4 paper...semoga dipermudahkan. sahabat-sahabat maafkan segala kesilapanku andai ada mengguris hatimu dalam keadaan sedar dan tidak sedar, sengaja dan tidak sengaja, lupa dan tidak tahu.... maafkan diriku...

InsyaAllah, 1 penghijrahan mesti dilakukan. apa yang dah berlaku jadikan pengajaran untuk belajar bangkit dan perbaiki setiap kelemahan diri. kata orang jangan jadi 'mulut tempayan' tapi bila diamati semula...hm...mulut tempayan masih boleh ditutup-tutup tapi mulut manusia tak siapa boleh tutup...itulah antara bait kata-kata semangat dari naqibahku kak Hanisah Wanasan ketika diri ini menghadapi pelbagai tamparan dalam hidup. InsyaAllah...asam garam dalam kehidupan ini mengajarku menjadi lebih tabah dan matang. tak mampu nak puaskan hati semua orang walau kita cuba menjaga sebaik mungkin. apa yang penting adalah kembali kepada Allah...kembali kepada matlamat hidup... kembali mencari hakikat kejadian diri...

Alhamdulillah...setelah sekian lama tidak berhubung dengan rakan-rakan di sekolah menengah Puchong. baru-baru ini ana mendapat mesej...ada 2 org rakan ana yang meminta untuk ana ajarkan mereka mengaji waktu cuti ini... ana bersyukur mereka masih lagi diberi kesedaran untuk kembali kepada matlamat hidup sebagai hamba Allah. Misi Dakwah menjejak rakan-rakan lama... alangkah indahnya kalau dapat wujudkan 1 usrah bagi mereka...

Rakan ana ni memang sosial...di sekolah dulu ana bukan hanya berkawan dengan budak baik-baik je..ana cuba juga dekati kawan-kawan yang sosial ni...mereka tidak minat belajar..solat tak tahu ke mana ngaji apatah lagi...tapi bila diberi nasihat selalu me'lable'kan sebagai ustazah.. ana selalu doakan kawan-kawan ana ni diberi taufiq dan hidayah, Alhamdulillah...fitrah manusia pasti akan kembali kepada penciptaNya,.. dulu bila terserempak dalam bas je ana akan sentiasa bagi nasihat dan dorongan pada rakan ana ni supaya dekatkan diri dengan Allah dan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. mereka hanya dengar dan diam...mereka nak berubah tapi jalan yang mereka pilih salah...

Apabila teringat akan sekolah menengah, tiba-tiba teringat akan sek men ana yang kedua, iaitu ketika tingkatan 4 dan 5 di Damansara Utama...lebih mencabar... kawan2 yang free hair, bergaul bebas, dan ada juga yang pernah jejakkan kaki ke pusat hiburan (disko) nauzubillah.... Itulah kelemahan pendidikan di negara kita, hanya menekankan pada exam je.. akhlak ntah ke mana... di sekolah ni ana banyak belajar cara untuk bertahan dan istiqamah dengan keadaan sekeliling yang bukan sefikrah... pernah sekali sahabat lama ana dari sek men puchong bertanya ana masih lagi ke bertudung labuh? bagaikan rusa masuk kampung, belajar untuk berdikari dan berpegang pada prinsip...walaupun terasa asing tapi cuba untuk bertahan.... ada juga yang memerli dan mengejek perihal tudung labuhku yang kelihatan asing di sekolah tersebut... selain itu, ada juga seorang lelaki non-muslim yang mempersoalkan pada ana 'tak panas ke you pakai tudung labuh ni?' sambil memakai tudung yang dijumpainya di dalam laci kelas yang ditinggalkan oleh perempuan yang free hair dan hanya memakai tudung ketika kelas pendidikan islam sahaja. istighfar panjang ana.... ana jawab, islam tidak pernah menyusahkan bahkan dengan memakai tudung ana rasa lebih selamat dan terjaga. seorang wanita muslim perlu menjaga maruah dan kehormatan diri...

Ada juga yang bangga dapat melancong ke seluruh negara...maklumlah sekolah itu ramai pelajar elit.. ada seorang kawan ana ni dia free hair dan berasal dari keluarga berdarah raja.. always speaking.. 'munirah....my hair look mazy?' tercengang ana dengan soalan tu...hmmm... pernah ditanya pada ana 'munirah dah pernah melancong ke mana?' ana tak jawab terus tapi ana bertanya soalan tu kembali pada dia... jawapan dia ' I pernah pergi Switzerland, America, Korea, Jepun, Australia and banyak lagi..and you know that I have 1 house at Australia its like my village' hm...lagi2 la ana terkejut....bukan apa segan nak cakap yang masa tu ana tak pernah pun naik kapal terbang..huhu;( tapi...1 je ana terkilan..dalam banyak2 negara yang dia sebut tu "Mekah" takde... inilah realiti kehidupan di luar sana...


Bila teringat kisah-kisah di sekolah dulu banyak pengajaran yang ana boleh dapat.... yang mungkin tidak semua orang dapat rasai... Alhamdulillah apabila dapat masuk ke IPG KDRI ana berjumpa dengan kakak-kakak dan sahabat sefikrah, ana berasa sangat bertuah dan cuba memanfaatkan peluang yang ada untuk mendalami ilmu agama dan belajar untuk menghadapi ujian yang lebih mencabar... InsyaALLAH.

Semoga misi dakwah ini tercapai....

sebagai coretan luahan hati atas kesyukuran yang tidak terhingga apabila mendengar khabar baik ini. sekadar perkongsian...semoga mendapat manfaat walaupun sedikit daripadanya, Waallahu'alam.

Wednesday, May 11, 2011

Ujian & Dugaan. Sunnah Allah!



Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi kerana masih memberi peluang kepada ana untuk meneruskan perkongsian di dalam blog ini setelah sekian lama menyepi...

sepi...bukan kerana lari dari medan ini walau diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan, ana percaya setiap ujian dan dugaan yang melanda dalam diri seorang da'ie adalah SUNAH ALLAH.


Imam Hassan Al-Banna memberitahu bahawa;

'Sudah pasti akan berlaku ke atas kita SUNNAH ALLAH yang berupa ujian dan dugaan.'


Janganlah kita menganggap ujian dan dugaan yang diturunkan adalah satu natijah atau hasil dari kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pendakwah. Adakah boleh diterima kalau dikatakan bahawa Rasulullah dan para mu'minin yang bersama baginda serta para rasul yang menghadapi gangguan dan penyeksaan itu sebagai natijah atau hasil dari kesalahan yang terbit dari mereka??.


Hakikatnya ialah musuh-musuh Allah memerangi dan menghalang para da'i yang benar hanyalah kerana mereka takut yang haq(benar) itu akan menghapuskan kebatilan mereka.


Jalan dakwah itu dipenuhi dengan duri dan ranjau, bukan ditabur dengan bunga-bungaan. sebagai pendakwah perlulah bersabar menanggung penderitaan dan melangkahi segala halangan tanpa berhenti, tanpa lemah dan bersabar menanggung penderitaan disamping memohon pertolongan dan kekuatan dari Allah.


Sahabat...janganlah disebabkan ujian, kita berhenti dari berdakwah kepada Allah, berhenti dari kegiatan dakwah, agar tidak lagi berhadapan dengan ujian yang berupa gangguan, tohmahan, fitnah dan pencerobohan. jelas kepada kita bahawa Rasulullah yang juga pemimpin kita menyeru orang-orang musyrikin juga menghadapi pelbagai gangguan dan penyeksaan. Tetapi baginda tidak pun berhenti dari menyebarkan dakwah. Tidak berhenti dari kegiatannya walaupun terdedah kepada gangguan dan penyeksaan berkali-kali dan berturut-turut.


" Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang lain yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu ( tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu selain dari Allah sesudah itu? kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mu'min bertawakal" (surah Ali-Imran:100)


Apabila berbicara soal ujian dan dugaan, ana yakin mereka yang berada di atas jalan dakwah ini tidak akan lari dari difitnah. Ana tertarik dengan sepotong ayat daripada buku Jalan Dakwah tulisan Mustafa Masyhur iaitu antara azab Allah dan fitnah manusia. Antara keduanya terdapat perbezaan yang sungguh besar. 'Lebih baik kita pilih fitnah manusia untuk mengelak daripada 'azab Allah dan janganlah kita samakan fitnah manusia dengan 'azab Allah'.

Damaikanlah hatimu wahai sahabat-sahabat seperjuanganku.... teguhkan hatimu.... yakinlah kemenangan bersama orang-orang yang bersabar.

Masa yang ada pada kita adalah sedikit untuk berlatih sedangkan jalan yang akan ditempuhi amat jauh. banyak pula halangan dan rintangannya tetapi itulah satu-satunya jalan yang boleh sampai kepada tujuan dan mendapat ganjaran yang banyak dan pahala yang baik-baik.

Memang....

Kita tidak minta diuji,
Tidak minta berhadapan dengan musuh,
Malah kita memohon kepada Allah supaya kita sentiasa berada dalam aman selamat.

Tetapi....

kalau sudah terserempak dengan musuh,
Terdedah kepada gangguan dan penyeksaan,
kita harus tabah dan cekal tidak berganjak, tidak lemah...

Sirah Rasulullah banyak menceritakan kisah bagaimana baginda dan orang-orang muslimin menghadapi fitnah dan penyeksaan di tangan pihak musyrikin di Makkah, hingga gugur syahid Yasir dan isterinya radiyallahu 'anhuma. kita semua tahu kisah bagaimana Rasulullah ketika melalui tempat Yasir dan anak isterinya sedang diseksa, baginda tidak berbuat apa-apa selain dari berkata kepada mereka:

" Bersabarlah wahai keluarga Yasir, syurga telah dijanjikan kepada kamu". Padahal kalau dikehendaki Allah nescaya dilindunginya orang-orang beriman itu dari penyeksaan pihak kafir.
Tetapi ini tetap berlaku kerana SUNNAH ALLAH ke atas mereka.


Baginda pernah menjawab soalan daripada muslimin yang meminta supaya Rasulullah memohon pertolongan untuk mereka ketika menghadapi ujian. Baginda menjawab: " Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang ditanam dalam tanah kemudian dibawa gergaji dan digergaji dari kepalanya hingga ke bawah hingga terbelah dua. Ada yang disikat besi sekali dengan daging dan tulangnya."

Sahabat.... APAKAH KAMU AKAN MUNDUR LARI???

sama-samalah kita memuhasabah diri dan beristighfar andai terdetik di dalam hati untuk meninggalkan jalan dakwah ini.

walau sehebat manapun ujian yang diberi....Redhalah... hadapinya dengan senyuman kerana sesungguhnya musuh-musuh islam gementar dan gurun melihat kita senyum. Mereka suka melihat kita stress, murung dan lemah.

Hanya sedikit perkongsian bagi mengisi hati-hati kita yang mungkin sedang berperang untuk menghadapi peperiksaan... walau bagaimanapun, kita perlu sedar dan faham kedudukan sebagai hamba Allah hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allahlah yang menentukan. Justeru, banyakkanlah mengingati Allah dengan membaca Al-Quran dan bermunajat kepada Allah. Mohonlah agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Dan yang paling penting adalah meminta restu Mak Abah(^_^)



" Jika Kau Tewas di Medan JIHAD,
Gelaran Syuhada Allah Memberi,
Arwah-arwah pahlawan senyum melihat,
MUJAHID Bangga Melepas Pergi"

Waallahu'alam... ~Bersedia ditarbiyyah untuk mentarbiyyah~