Wednesday, December 23, 2009

Azam dan Istiqamah penentu kejayaan...


RODA masa berputar dengan pantas. Tanpa disedari, kita sudah pun berada pada penghujung 2009 dan tinggal beberapa hari lagi sinar 2010 akan menjelma. Tahun berganti tetapi sebagai umat Islam, tidak lupa untuk berdoa supaya amal kebajikan sepanjang tahun lalu diterima Allah.

Kedatangan 2010 sudah pasti disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Dalam masa sama, kita juga memanjatkan doa pengharapan ke hadrat Ilahi supaya setiap detik kehidupan diiringi taufik dan hidayah Allah.

Bersilih gantinya tahun bermakna umur kita pun semakin lanjut dan ajal maut pula semakin dekat. Oleh itu, setiap Muslim sewajarnya merebut kesempatan yang agak terbatas ini untuk mengisi tempoh kehidupan dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.

Janganlah terus terpedaya dengan pesona kehidupan dunia yang mengasyikkan dan terjebak dalam kancah kederhakaan kepada Allah.

‘ Tuhan usah bebankan kami dengan bebanan yang berat,
Seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami…’

*Ya Allah jauhilah hambamu ini daripada fitnah dunia…. Sesungguhnya hanya kepadaMu hamba menyembah dan hanya kepadaMu hamba memohon pertolongan…

Kebiasaannya, kehadiran tahun baru disambut umat manusia dengan membulatkan tekad dan membina azam baru supaya tahun baru yang menjelang bakal menjanjikan sinar kebahagiaan dan nikmat kejayaan diimpikan.

Malah, setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai azam masing-masing yang ingin dilaksanakan dan dijayakan sepanjang 2010. Ada yang berazam menjadi kaya raya, tidak kurang pula yang berazam untuk berjaya dalam hidupnya.

Ada juga berazam meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Pendek kata, azam itu sendiri bersifat subjektif berdasarkan kehendak dan naluri manusia.

Keadaan itu berbeza dengan generasi muda mudi alaf baru yang menyambut kedatangan tahun baru dengan acara sambutan seperti persembahan konsert nyanyian, jamuan tahun baru, pertunjukan bunga api dengan matlamat mencari keseronokan. MasyaAllah…
Bak kata pepatah Melayu, “ buang yang keruh ambil yang jernih.” Renungan, penilaian dan muhasabah diri ini penting dalam kehidupan setiap insan sebelum memasang azam dan seterusnya menjayakannya dalam tahun akan datang.

Meninjau senario masyarakat Malaysia, terlalu banyak bahan renungan dan iktibar yang perlu dijadikan ukuran bermula daripada diri sendiri hinggalah ke peringkat kerajaan. Tahun 2009 menyaksikan pelbagai jenis kepincangan dan keruntuhan, kejatuhan dan kebangkitan, kegagalan dan kejayaan, suka dan duka, pahit dan manis tercatat dalam diari hidup setiap manusia di bumi Allah ini.

Di samping umat Islam bersyukur atas anugerah dan kurniaan Ilahi yang tidak terhingga, mereka seharusnya tidak lupa mengambil iktibar dan pengajaran terhadap segala musibah dan ujian Allah yang menimpa supaya tindakan diambil bagi memastikan ia tidak berulang.

Justeru, awal tahun baru adalah saat dan detik yang sesuai bagi umat Islam berazam, bertekad dan berubah untuk mengakhiri segala macam kemelut, krisis, kepincangan dan musibah yang menimpa mereka.

Dalam erti kata lain, umat Islam perlu berubah menuju ke arah matlamat yang disasarkan, merencana hala tuju dan meraih wawasan kecemerlangan dalam pelbagai lapangan hidup. Untuk itu, perubahan paling utama dilakukan bermula daripada diri sendiri.

Dalam hal ini, Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”� – (Surah al-Ra’d, ayat 11)

Maksud ayat suci itu, sesuatu kaum yang hidup senang lenang dan aman damai disebabkan oleh iman dan taat kepada Allah, juga akhlak yang mulia dan terpuji, Allah tidak akan mengubah keadaan mereka yang baik itu sehinggalah mereka sendiri yang mengubahnya.

Jika mereka bertukar daripada iman dan taat kepada kufur dan maksiat, akhlak yang mulia kepada akhlak keji, mereka sendiri yang membawa kepada kehancuran.

Begitulah peraturan hidup yang digariskan Allah. Oleh sebab itu, umat Islam sewajarnya menginsafi bahawa kedudukan, imej dan maruah mereka yang tercalar selama ini adalah berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.

Jika diimbas sirah Rasulullah SAW sebagai suatu bentuk peringatan dan pengajaran kepada umat Islam, kita dapati betapa Rasulullah SAW sendiri mengalami peristiwa suka, duka, pahit dan manis dalam perjuangan Baginda menyebarkan dakwah Islam.

Contohnya, dalam peperangan Badar, Rasulullah SAW tampil sebagai pemimpin yang mengatur barisan tentera muslimin berjumlah 313 menentang tentera Quraisy yang jauh lebih besar bilangannya, lengkap dengan senjata canggih dan hebat ketika itu.

Namun tentera Islam berbekalkan keimanan kental kepada Allah dan yakin dengan janji Allah di samping strategi peperangan yang tersusun, mereka mampu mencipta kemenangan gemilang menundukkan musuh Islam yang bongkak dengan jumlah ramai dan senjata lengkap.

Berita kemenangan itu sudah pasti menjadi perangsang kepada tentera Islam ke arah menggiatkan usaha penyebaran dakwah Islam ke seluruh tanah Arab.

Ternyata kemenangan tidak selalunya berpihak kepada tentera Islam. Apabila peperangan Uhud meletus, Rasulullah SAW bersama tentera Islam berjuang menentang kaum Quraisy, akan tetapi kali ini tentera Islam mengalami kekalahan walaupun taktik peperangan disusun daripada awal lagi.

Sebenarnya, dalam peperangan itu tentera Islam hampir mencapai kemenangan tetapi pada saat akhir tentera Islam berubah niat dan tujuan iaitu merebut harta rampasan perang yang tersadai berbanding berjuang kerana Allah.

Mereka mula lupa diri dan terus melanggar arahan Rasulullah SAW dan akibatnya tentera Islam berpecah-belah, akhirnya kekalahan berpihak kepada tentera Islam. Dari sini, barulah tentera Islam menyedari betapa kekalahan itu berpunca daripada kesilapan mereka sendiri mengingkari arahan Rasulullah SAW.

Pengajaran paling penting ialah kejayaan dan kemenangan sebenarnya tidak boleh datang dengan sendiri, sebaliknya ia banyak dipengaruhi pelbagai faktor dan sebab yang memudahkan peluang ke arah meraih sesebuah kejayaan diimpikan seperti kekuatan ekonomi, keutuhan sosial, kemantapan akidah, keadilan politik dan juga keluhuran budi pekerti.

kehidupan di dunia ini sarat dengan perjuangan dan pertarungan sengit…
Oleh itu, kemenangan dan kegagalan adalah sebahagian daripada peraturan Allah. Bagi orang yang beriman, mereka sudah tentu dapat memahami konsep itu kerana mereka betul-betul meyakini bahawa Allah yang menentukan segala-galanya.

Walau bagaimanapun, setiap Muslim mesti menyedari bahawa kejayaan masih terikat dan bergantung kepada sebab musabab iaitu azam, tekad, daya usaha, kesungguhan, istiqamah dan persediaan yang dilakukan pada peringkat awalnya.

Pendek kata, kemenangan dan kegagalan, kebangkitan dan kejatuhan serta kemajuan, semuanya bertitik tolak daripada keazaman kental, keimanan yang kukuh, keluhuran budi dan ketakwaan yang jitu kepada Allah.

Semoga kita sama-sama memuhasabah diri dahulu sebelum memulakan azam baru kita untuk melangkah ke tahun 2010.

Saya ingin memohon seribu kemaafan daripada sahabat-sahabat semua andai ada salah dan silap, sesungguhnya saya adalah manusia biasa dan hamba yang hina mana mungkin dapat lari daripada melakukan kesilapan…


WaAllahualam…
Assalamualaikum...

Wednesday, December 16, 2009

Dakwah di pedalaman sabah...



Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Illahi kerana diberi nikmat iman dan islam. Setelah hampir sebulan blog ini terbiar Namun, Alhamdulillah cuti semester panjang ini ana dapat menimba pengalaman yang sangat berharga. Ana mendapat tawaran untuk mengikuti program dakwah anjuran jakim sabah iaitu jahiens bersama-sama student dakwah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Kami semua seramai 20 orang dan diiringi oleh ustaz-ustaz jakim sabah termasuk ustaz Farhan iaitu mantan-kristian yang telah Berjaya mengislamkan ramai orang kristian termasuk keluarganya sendiri.

Ana berasa sangat bertuah kerana Allah memilih ana untuk merasai suasana berdakwah di pedalam sabah. Subhanallah…itulah ucapan yang keluar dari mulut ana apabila melihat pemandangan yang sangat cantik di puncak bukit Nagaya. Kabus menyelubungi Gunung Kinabalu sehinggakan tidak kelihatan. Ana menyimpan azam untuk mendaki gunung itu satu masa nanti.

Kami diberi masa 5hari tinggal di Kampung Keranaan dan 5hari lagi di Kampung Sosondoton bersama keluarga angkat di sana…Alhamdulillah kedatangan kami disambut baik. Mereka adalah “saudara baru” iaitu saudara yang baru memeluk agama islam. Penduduk kampung ini terdiri daripada kaum dusun.

Berada di Kampung Keranaan selama 5hari bersama keluarga angkat amat menyeronokkan. Namun, yang amat menyedihkan mereka kesemuanya islam tetapi ada diantara mereka yang tidak solat dan tidak melaksanakan ibadah-ibadah wajib. Kami memulakan misi dakwah bersama orang-orang kampung…suasana di pagi hari raya aidiladha di kampung itu sederhana sahaja..pagi2 lagi semua lelaki bersiap2 ke surau untuk mendengar khutbah hari raya aidiladha dan solat sunat raya. hari-hari seterusnya kami penuhi dengan program yang bermanfaat seperti ceramah, riadah dan macam-macam lagi…ana juga sempat dibawa oleh family angkat ke kebun dan Poring hot spring.

Di kampung Sosondoton pula Seawal 7 pagi mereka sudah menunggu kami untuk menyambut kedatangan kami di sana…namun, kami tiba di sana pada waktu petang kerana terpaksa melalui jalan yang sangat curam dan licin untuk tiba di sana. Kami juga terpaksa melalui kawasan tanah runtuh. Alhamdulillah Allah melindungi kami… terasa kerdilnya diri ini apabila tiba di kampung Sosondoton melihat pemandangan gunung dan bukit bukau daripada atas bukit Nagaya yang diselaputi kabus. Subhanallah….
Misi dakwah diteruskan juga…nasib baik rumah angkatku terletak bersebelahan dengan rumah Allah. Tapi dewan terletak 1km daripada rumah…jadi terpaksa berjalan jauh naik turun bukit setiap kali ingin ke dewan kampung. Keadaan rumah angkatku pula sangat sederhana…bilik airnya yang tiada pintu…tandas yang jauh dilereng bukit yang ditutup dengan zink yang berlobang-lobang…masyaAllah…

Hari pertama kami melaksanakan kursus pengurusan jenazah dan ceramah bersama ustaz daripada Jaheins atau jakim sabah. Kami juga menggunakan pendekatan ziarah menziarahi penduduk kampung untuk mengajar mereka mengambil wudhuk dan membetulkan bacaan al-fatihah…tapi tidak semudah itu… kami terpaksa meredah lumpur yang bercampur dengan najis lembu dan dikejar anjing kerana penduduk di situ membela banyak anjing…sehinggakan ana terjatuh atas lumpur masa nak tolong sahabat lain naik dari tempat yang licin dan curam. Tapi kami tetap pergi rumah kerumah dalam keadaan macam tu…selain mengajar mereka ana juga sempat memberi semangat kepada kaum ibu untuk mengimarahkan rumah Allah yang kelihatannya sangat jarang dikunjungi…. Bayangkanlah mereka solat jumaat dengan jemaah hanya 3 atau 4 orang! Macam mana tu ye?? Tapi nak buat macam mana kene buat juga daripada tak buat langsung.. untuk ke masjid di Bandar mengambil masa 4 jam….

Alhamdulillah…bapa angkat ana juga sudah mahu solat di surau berkat ajakan setiap kali waktu solat..jika tidak, ada sahaja alasannya untuk tidak kesurau..rupa-rupanya selepas satu malam dimana ana dan sahabat serumah mengajar keluarga angkat solat, ambil wudhuk, azan, dan membetulkan al-fatihah…tahulah ana kenapa mereka tidak mahu solat dan pergi kemasjid…seumur hidup ibu angkat ana tidak pernah diajar solat selepas ibu memeluk islam. Apa yang sangat memilukan hati ana adalah dirumah mereka langsung tiada telekung dan al-quran…Bapa angkatku pula selama 80tahun hidupnya tidak pernah menjadi imam kerana tidak tahu… mengalir air mata ibu angkatku ketika ana mengajarkannya membaca al-fatihah…

Tiba hari terakhir ana di sana…ibu angkatku menghadiahkan ana sekilo beras bukit berwarna keperangan yang ditanamnya sendiri untuk ana bawa ke semenanjung…terima kasih ibu…ana dan sahabat serumah menghadiahkan sepasang telekung dan buku Hidup Ibadah kepada mereka dengan harapan mereka menjadikan buku itu sebagai panduan beribadah… terasa berat sangat hati ini ingin meninggalkan kampung itu…masih banyak lagi yang ingin ana ajarkan kepada keluarga angkat ana… tapi 10 hari di sabah terasa begitu sekejap…terlalu banyak pengalaman yang ana dapat di sana.. barulah ana sedar susahnya berdakwah…tapi mereka di pedalaman sabah sangat menanti kehadiran para ustaz dan ustazah untuk mengajar mereka mengenali islam…

Panjangnya tulisan ana kali ini…sebenarnya nak tulis panjang lagi…tapi dah kesuntukan masa..nak bersiap ke Pulau Pinang..ikut abah outstation..
Assalamualaikum..

Tuesday, October 27, 2009

Faedah dan Keutamaan Zikir

assalamualaikum w.b.t

sudah lama rasanya tak update blog ni... tengah2 study ekonomi ni tiba2 terpanggil utk berkongsi sesuatu dengan sahabat, sesungguhnya kesibukan dunia sering membuatkan kita alpa untuk mengingati akhirat dan mati....astaghfirullahalazim.. semoga hati ini masih dipelihara oleh Allah.

baru tadi saya dapat berita seorang sahabat kematian ibunya selepas kematiannya bapanya pada tahun lepas..Al-Fatihah...Takziah kak subhi...semoga Allah memberi ketabahan hati...

di sini ana nak berkongsi berkenaan faedah dan keutamaan zikir...

walaupun tajuknya agak ringan namun impaknya amat besar pada kehidupan kita seharian. kerana ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati akan menjadi tenang...

banyak faedah dan keutamaan zikir, antaranya:

1. Dijauhkan daripada syaitan.

Ibnu Abbas berkata: " Syaitan itu ibarat ular yang melingkar di dalam hati. jika seorang hamba mengingati Allah SWT, syaitan itu mundur dan diam. dan jika hamba itu lalai tak mengingati Allah, maka syaitan itu kembali menggoda."

2. Meninggikan darjat

Abu Darda' berkata: " orang yang selalu mengingati Allah, maka dia akan masuk syurga dalam keadaan ketawa."

3. Meluaskan kubur

Liang kubur orang yang suka berzikir itu luas dan lebar. Dada mereka lapang, aromanya wangi semerbak! masyaAllah... imannya kuat dan wajahnya bersinar!

4. Memelihara dan mengatur waktu

5. Membantu dalam kesusahan

ketika mendaki gunung, ucapkanlah La Haula Wala Quwwata Illa Billah.
jika anda tertimpa bencana dan malapetaka ucapkanlah: Hasbunallah Wa Ni'mal wakil.
jika anda melihat sesuatu yang mengagumkan, ucapkanlah: Subhanallah
jika anda memperolehinikmat, ucapkanlah: Alhamdulillah
jika anda TERINGAT DOSA, ucapkanlah: Astaghfirullah al-azhim.
jika anda tertimpa musibah ucapkanlah: Inna lillahi Wa Inna ilaihi raji'un.

6. Ibadah RINGAN tapi...BESAR pahalanya!

7. Benteng dari godaan syaitan

8. Menjadikan wajah cerah dan berseri!

tak perlu pakai makeup dan pergi buat facial muka.....hanya dengan berzikir!

pada hari kiamat, wajah orang yang suka berzikir akan terlihat putih bersih.
tak mahukah kita???
disamping memiliki wajah yang selalu kelihatan berseri, dalam kehidupan sehari-hari, orang yang suka berzikir akan dikenali dengan kebiasaannya berzikir dan ketenangannya.

Berbeza dengan orang yang suka mendengar dan menyanyi lagu rock dan jiwang serta melakukan perbuatan keji. wajah mereka terlihat hitam dan suram.

Insyaallah, kita memohon agar Allah menjadikan kita orang2 yang banyak berzikir, dan menerima ibadah kita...Oleh itu, mari kita terus berzikir.

akhir kata...selamat menghadapi peperiksaan dan doakan semoga Allah mempermudahkan ana menjawab periksa...
assalamualaikum...

Thursday, September 24, 2009

sAhAbAtku...

saudaraku,
jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...
jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah diriku dengan tarbiyah PENCIPTA...
jika aku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA...
jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
ajaklah aku meleraikan segera,
jika pernah hatimu terluka,
luahkan ia agar aku berubah,
dan jika esok aku terlena tanpa terjaga,
iringlah lenaku dengan kalungan al-Fatihah,
berjanjilah saudaraku,
ukhwah kita untuk selamanya...
ukhwahfillah abadan abada...

'selama ini ku mencari-cari teman yang sejati
buat menemani perjuangan suci,
bersyukur kini padamu Illahi teman yang dicari selama ini telahku temui.'

sELamAT HarI RAya




jika kesilapan semalam belum terampun, "MAAFKANLAH"
jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, "LUPAKANLAH"
jika kesilapan esok mendatang, Janganlah dibawa ke AKHIRAT
Inginku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Friday, September 11, 2009

Assalamualaikum w.b.t
“ ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhuklah.
Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah.
Ketika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah dan dekatkan diri pada Allah
agar tunduk disaat yang lain angkuh.. .
agar teguh disaat yang lain runtuh…
agar tegar disaat yang lain terdampar…”

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna,
Banyak yang perlu dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan,
sesekali langkah tersadung rebah menyembah,
sesekali melangkah gagah tersenyum megah
dan semua itu memerlukan pengorbanan,
menentukan kesabaran dan air mata,
selagi prinsip hidup berada dilandasan yang betul,
usah gusar pada anugerah Tuhan!,
anggaplah sesekali diduga itu sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk
bangun menjadi manusia sesempurna insan……
hayatilah kata-kata di atas…

sahabatku…
ikhlas dari hati naluriku…
aku rindu jiwa-jiwa yang sering mendidikku,
berkongsi masalah denganku,
berselisih pendapat denganku, memujukku, bergurau denganku, dan meniupkan semangat kepadaku…

hari-hari yang berlalu mengajarku erti kasabaran,
membuatku kenal erti kehidupan,
ujian demi ujian yang datang mengajarku erti ketabahan,
teguhkanlah imanku ya Allah…
kuatkanlah hatiku…