Friday, May 22, 2009



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang...

jam sekarang menunjukkan pukul 2.32 pagi...mata ni masih lagi belum menuntut untuk tidur..
sekarang ni waktu exam final sem...hanya tinggal 1 paper lagi sebelum dapat pulang ke kampung halaman(walaupun di tengah bandar).....doakanlah kejayaan ana..

malam ni terasa nak menulis sesuatu untuk blog ni...

ana nak kongsi cerita berkenaan Seorang Wanita Solehah anak Huyay....pernah dengar tak?
kalau dah pernah dengar tu mungkin boleh ingat balik...

.....................................................................

begini ceritanya... ada seorang wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan memiliki 2 orang putera. ketika umur mereka meningkat dewasa,mereka diajar beribadah, taat dan solat malam.

wanita itu pernah berkata kepada anaknya: "Hendaklah tidak sedikit pun waktu malam terlewat, kecuali sentiasa berzikir kepada Allah." keduanya berkata:"apa sebenarnya yang engkau kehendaki wahai ibu?" Jawab nya: "kita bahagikan waktu jam malam menjadi tiga bahagian. salah satu dari kalian hendaknya bangun pada sepertiga malam pertama. yang lain sepertiga malam kedua da aku akan bangun pada sepertiga malam terakhir. setelah itu aku akan mengejutkan kalian untuk solat subuh."

keduanya berkata:"kami dengar dan taat wahai ibu."

setelah si ibu meninggal dunia, kedua anaknya tidak pernah meninggalkan solat malam,sebab taat dalam beribadat memenuhi hatinya. Maka waktu terindah bagi kedua-duanya adalah ketika melakukan solat malam. kedua-duanya dapat membahagikan solat malam menjadi dua bahagian pula, apabila salah seorang daripada mereka sakit, maka lagi seorang akan bangun malam untuk menghidupkan seluruh malam...

............................................................................

SubhanAllah... indahnya jika kita dapat mencontohi dua putra ini... begitu taat kepada ibadahnya dan juga kepada ibunya....

susah untuk kita berjumpa dengan manusia sebegini pada zaman ini...

jadi, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada cerita itu tadi...semoga memberi satu semangat untuk kita menghidupkan malam kita dengan beribadat kepada Allah...
dan..sentiasa membasahi lidah kita dengan zikrullah....agar hati kita dipenuhi dengan cahaya...
daripada Muas berkata; semasa aku berpisah dengan rasulullah s.a.w, dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai oleh Allah?..sebagai menjawab rasulullah s.a.w bersabda basahi lidahmu dengan zikrulullah".
sama-samalah kita berusaha mencari redha Allah...

Sunday, May 17, 2009

Analogi Rumput dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
Ku Persembahkan...

kepada setiap muslimah... yang redha Allah sebagai Tuhannya, islam sebagai agamanya, dan Muhammad s.a.w sebagai rasulnya.

Kepada wanita... yang meniti jalan yang lurus dan membawa panji-panji kebenaran.

Kepada wanita pendidik... yang mendidik anak-anaknya dengan kalimat-kalimatnya, menjaga maruah dan mensucikan dirinya.

Kepada semua wanita yang berduka:

Berbahagialah dan bergembiralah dengan dekatnya pertolongan, penjagaan Allah, pahala yang besar dan pengampunan dosa-dosa...





TERSENYUMLAH UNTUK HIDUP

STEPHEN GAZEL: "Bahawa senyum itu merupakan keharusan dalam bermasyarakat"

ada benarnya kata Stephen Gazel ketika kita bergaul dengan orang lain, maka kita dituntut untuk berhubungan baik. salah satunya dengan memberikan senyuman...

Ketika kita tersenyum sedangkan hati kita dipenuhi dengan kedukaan, maka sesungguhnya kita sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk menuju kebahagiaan.

jangan pernah ragu-ragu dan bimbang untuk tersenyum, kerana di dalam dirimu tersimpan kekuatan besar yang akan memancar dengan senyuman.

Ketika kita tersenyum di hadapan orang lain, maka kita sedang memberikan kepada mereka kehidupan yang indah. sebaliknya jika kita bertemu seseorang dengan wajah masam, maka kita telah menyeksa mereka...